My lovely friends

1. Produk yang mempunyai ‘ demand ‘ yang tinggi yang orang kehendaki. Kalau tidak dapat fokuskan dahulu Siapa pelanggan anda.

2. Niche produk
Daripada berebut – rebut pelanggan, apa kata dapatkan produk yang lain daripada Orang lain. Anda akan dilihat sebagai pakar. Contoh ramai jual tudung ala ikin, apa kata anda jual assesorinya

3. Senang dihantar kepada pelanggan
Adalah bijak jika produk anda dapat di hantar pada pelanggan yang jauh. Maksudnya Penggunaan kemudahan pos untuk menyenangkan kerja anda. Produk yang banyak Kerja tidak sesuai untuk side income

4. ‘Margin’ keuntungan yang tinggi dan stok yang rendah
Perhatikan situasi ini, anda menjual tudung dengan keuntungan RM3 sehelai tetapi pengeluar mengenakan syarat anda perlu membeli minimum 10 helai dengan corak yang sama tetapi warna yang berlainan. Jika anda tidak berhati – hati anda akan tidak pulang modal dan anda akan mempunyai stok yang banyak.



5. Produk yang boleh dijual berulang – ulang Maksud disini adalah suatu produk yang sentiasa dipakai buang oleh pelanggan seperti
Lampin pakai buang kanak – kanak dimana anda sentiasa mendapat pelanggan yang sama.


6. Produk yang ada sokongan dari pengeluar.
Adalah sangat baik jika anda mendapat sokongan dari pengeluar seperti dia akan poskan produk anda ‘ drop shipping ‘ dia akan membaikpulih jika produk rosak dan sebagainya.

7. Produk yang ada ‘ brand ‘
Ada brand senang nak jual, tak perlu anda terangkan satu persatu sebb orang sudah percaya.

Posted by Cikgu Murni
Lama tak menulis di blog ini, sibuk sangat dengan tugas2 pejabat dan harian. tak termasuk pelbagai masalah yg timbul yg perlu diselesaikan.

Selamat datang bulan yang ditunggu – tunggu untu seluruh umat islam iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. bulan puasa bukan sahaja bulan menambah pahala tapi bulan di mana boleh menambah rezeki. apa projek perniagaan yg boleh dilakukan secara sambilan untuk bulan puasa ? di bawah adalah antara cadangan perniagaan sambilan yang boleh anda buat dan di jual dipejabat anda bekerja.




1. JUAL MAKANAN UTK HARI RAYA
- Bersiap sedia mencari ‘ contact’ mana – mana kilang kerepek, kacang, coklat yang boleh menawarkan harga istimewa jika anda membeli secara pukal. Pastikan Sedap dan menarik hiasannya. Jika tidak, mahirkan diri anda dengan satu atau dua jenis kueh / kerepek untuk hari raya seperti ‘pembuat tart nenas special ‘ yang cara gulungan berlainan daripada orang lain. Jika ramai menjual makanan, juallah air cordial, gula-gula dan sebagainya. Anda juga menyediakan makanan istimewa untuk berbuka puasa yang nampak menyelerakan seperti kuah mee seperti kuah rebus yang senang dipaket yang senang disediakan, kurma dan sebagainya.









2. SEDIAKAN TEMPAHAN JAHITAN MANIK PAKAIAN WANITA
Anda mahir soal menjahit manik – manik pada hujung lengan baju kurung ? sediakanlah
‘ flyer ‘ khusus yang menunjukkan gambar – gambar hasil jahitan anda untuk ditempah pelanggan.


3. PERHIASAN RUMAH
Anda boleh menjual cadar, alas meja, kain langsir yg menarik untuk hari raya. Selalunya perhiasan begini yang orang suka tukar.


4. TUDUNG/ PAKAIAN
Anda boleh menjual tudung yang telah diubah suai sebagai fesyen terbaru untuk hari raya seperti tudung ala ‘ IKIN “ yang telah diubah ( ditambah manik, reben dan sebagainya ) suai kepada pelanggan anda. Jika anda ada pembekal pakaian untuk kanak –kanak atau pembekal kain yang terbaru yang boleh ditunjukkan pada pelanggan.
Posted by Cikgu Murni