My lovely friends

MAAF LAMA TAK UPDATE. BARU BALIK KERJA KE INDONESIA. SINGGAH KE BANDUNG (FLIGHT TRANSIT).


UNFORTUNATELY DISEBABKAN ‘ SUATU MASALAH ’ TEMPAT YANG
SEMPAT DI LAWATI HANYA PASAR BARU. 4 JAM MERONDA – RONDA DALAM PASAR 6 TINGKAT, TAK PUAS – PUAS MELIHAT, MENCUBA, MENAWAR DAN MEMBELI PAKAIAN.



APA ADA DI PASAR BARU
PAKAIAN – PAKAIN BLAUS, KAIN SULAMAN, TELEKUNG TAPI IA BUKAN TEMPATNYA BAJU KAIN BERJENAMA ATAU BARANGAN KULIT. RUGI SAYA SEBB TAK SEMPAT MELAWAT FACTORY OUTLET.




SAMBIL – SAMBIL MEMBELI, LIHAT2 JUGA APA YANG BOLEH DIJUAL DI MALAYSIA SEBAGAI SIDE INCOME. NAK JUAL BAJU BLAUS KENA BELI PELBAGAI SAIZ, MAUNYA STOK KAT RUMAH BERTAMBAH. YANG SAYA NAMPAK DI PASAR BARU ADALAH KAIN SULAMAN, KAIN UNTUK PAKAIN PENGANTIN. CAMNA PULA NAK DEAL NIAGA DENGAN ORANG BANDUNG ? ANYWAY, TAK ADA YANG SAYA BELI UNTUK DI JUAL, LAIN KALI MUNGKIN ( TAK SEMPAT )



KATA ORANG DI MANGGA DUA JAKARTA PUN TAK KALAH BERSHOPPING.
KATA ORANG – ORANG SANA SETIAP HUJUNG MINGGU ORANG JAKARTA AKAN KE BANDUNG MEMBELI – BELAH.

KECEWA GAK TAK DAPAT MELAWAT TANGKUBAN PERAHU, PERGI KE PUNCAK ATAU FACTORY OUTLET..

MUNGIN ANDA ADA PENGALAMAN YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA.
Posted by Cikgu Murni
Jika masih baru di dalam perniagaan ada baiknya kita mulakan dengan menjual produk orang lain. Belajar serba sedikit tendangan perniagaan, network, dapatkan ilmu sedikit mengenai market dan sebagainya lepas tu dalam diam – diam kita mencari produk sendiri untuk dijual.




Kebaikan ada produk sendiri :

1. Boleh letakkan harga sendiri
2. Dikira sebagai mahir yang mana org lain akan merujuk untuk meminta nasihat, Ini bermakna kredibiliti bertambah
3. Boleh menghasilkan program affiliate sendiri
4. 100% untung pada kita




Keburukan :

1. Kalau terjadi kerugian, produk tak laku tanggung sendiri
2. Kalau terlebih stok, tanggung sendiri
3. Kualiti produk kena selalu jaga nanti org lari
4. Kos operasi yang tinggi
5. Berniaga satu produk sahaja
6. Persaingan diluar atau produk ditiru orang lain kena fikirkan

Ada kebaikan dan keburukannya. Kaji market dahulu mengenai produk anda. Jika ada kelainan dan unik pasti mendapat tempat di hati pelanggan.


Adakah anda rasa jual produk orang lebih baik daripada hasilkan produk sendiri ?
Sila jawab survey ini.
Posted by Cikgu Murni
NAK TENGOK MACAMANA PROSES KEK LAPIS DI BUAT ? TU DIA , MASUK DALAM PEMBAKAR, RATAKAN,BAKAR, TEKAN, BAKAR , TEKAN ( ULANG SAMPAI 12 KALI ) BARULAH SIAP. X LEH DUDUK NANTI HANGUS.









SAYA MENCARI EJEN, SAPA YG BERMINAT





ADA LAGI ...YG SUSUN COMPLEX HANYA 400GM HARGA SAMA TAPI FOR FAMILY PILIHLAH LAYER, SAMA JENIS, RASA SAMA, LEBIH BESAR





BAYANGKAN BELI2 KEK LAPIS TAPI X SEDAP, PAHIT. YG NI SEDAP, KURANG MANIS
TIADA PENGAWET.





BERAT : 1/2 KG - RM20 ( MIN 6 PCS )

BERAT : 1.5 KG TO 1.6KG - RM58 ( MIN 2 PCS )

X TERMASUK POS LAJU - POS LAJU SETIAP 1/2 KG RM7

TAK LARAT NAK UPLOAD, ADA BERJENIS2 . EMAL KALAU BERMINAT
Posted by Cikgu Murni
Jika anda ingin menjalankan perniagaan sambilan dan menggunakan internet sebagai medium pemasaran yang mana satu yang anda rasa lebih baik untuk dijual samada makanan atau barangan kering ? YANG MANA ANDA PILIH ?




Jika anda mampu menyediakan makanan yang susah disediakan, mahal penyediaannya atau remeh malahan tahan lama jadi produk ini sesuai dibuat sebagai produk perniagaan. Walaubagaimanapun jika anda bekerja, anda juga perlu memikirkan masa penyediaan makanan dan bila anda menyediakannya. Ialah sudahlah kerja 8 hingg 5 petang, balik kena menyediakan makanan untuk dijual. Jangan sampai prestasi kerja anda terganggu. Teringat saya cerita cerekarama ( tak ingat tajuk )bagaimana seorang itu berniaga bahulu sehingga buka puasa pun bahulu disediakan untuk anak dan suami. Kualiti dan rasa makanan yang konsisten perlu juga dijaga untuk memastikan keberterusan jualan produk anda.

Suatu yang amat menarik ( malahan bangga ia dibuat oleh orang kita )yang saya ingin saya bincang bersama adalah perniagaan penyediaan makanan dan menghantar makanan terus pada pelanggan online MANGKUK TINGKAT.com. Mangkuk tingkat.com akan melantik ejen2 di merata tempat untuk menyediakan dan penghantar makanan di tempat – tempat tersebut.






Produk bukan makanan mempunyai banyak potensi untuk di pasarkan menggunakan internet dimerata tempat seluruh dunia. Lihatlah portal perniagaan internet sepert Ebay, lelong.com , tak kiralah samada barang tersebut baru atau telah digunakan. Malahan ada yang menjual kapal terbang menggunakan portal ini. Di Malaysia wanita boleh menjual produk mereka khusus diportal perniagaan wanita iaitu seperti di wanitamelayu.com dan wanita .




Antara lain yang perlu difikirkan oleh mereka yang ingin berniaga adalah kos penghantaran serta bagaimana menghantarnya samada menghantar sendiri atau menggunakan pos. Bagi mereka yang menyasarkan pelanggan berada di lingkungan kawasan anda tinggal atau kerja tidak mengapa. Bayangkan kalau produk anda berharga RM5 tetapi kos pos RM20. Bagi yang menjalankan ia secara ’ side income ’ harus memikirkan siapa yang akan menghantar barangan anda ke pejabat pos atau ketempat pelanggan.


Kualiti barang perlu dijaga untuk menaikkan nama baik perniagaan anda. Ingat ! ia akan diceritakan mulut ke mulut, forum ke forum dan sebagainya. Pembungkusan barangan jangan ambil remeh. Jangan sebab menghantar barangan menggunakan pos, anda hanya membungkus dengan suratkhabar cincai. Pelanggan suka kalau penjual ’ appreciate ’ mereka. Akhir sekali pilihlah yang mana sesuai dengan anda . Apa pendapat anda ?
Posted by Cikgu Murni
Sunday, March 15, 2009 at 10:05 PM | 1 comments  




This is a story of Madam Hasnah, who starts generate side income by decorating flowers.
Let us listen to her story

I was privileged & and thank for your interest to share my “hobby “

My “favorite hobbies are gardening , tailoring and cooking”. If feel like to or “ really in good mood” nothing will stop me of doing my favorite hobbies. Flower arrangements are just like gardening. It has to be natural. I do this most for my home.




When it started become my “extra income” ? Back in 2004, a few of friends came to my house and they are impressed with my “old flower” which they thought I bought it from the florist. And it’s begin. One of my friend’s daughter is getting married during the school holiday which she offer to do the “hantaran” and later decorating the “bilik pangantin”. Guest what? It’s really encourage me “hobby vs. income”. My “hobby vs. income” become a mouth spread within “my friends only”.



2006, I started with new concept “flower arrangement for festive season”: Hari Raya and Deepavali. For the first time and the result is very encouraging and make me continue this ”hobby” as my extra income until today. This is much easier, the arrangement is “my own concept” but definitely we have to think of the people that you wanted to sell.


Besides that I also do refurbish “old flower”: wash, fixed and do the arrangement as you wish/concept. The charge is cheaper, price between R35-RM75 depends on the size and material added such as flower and leaves and etc. I also do fresh flower arrangement (I do this for convocation /base on order) and do decorating new house “big bouquet for living room” .



However decorating the hantaran and bilik pangantin must tidiest, you have to meet the pangantin in person, find out their concept, favorite colors and event room finishing but definitely with “extra income” and most important it is actually my hobby.



Please feel free to contact me at 017 2179837.
Posted by Cikgu Murni
Kek lapis Sarawak


Perniagaan fizikal ke 2 iaitu kek lapis sarawak


Features - Memang sedap, kurang manis, tahan lama ( lebih sebulan )

Safety - Tiada bahan pengawet

Working Process – Dibuat 100% traditional

Tukang masak : 6 tahun pengalaman buat kek lapis khusus utk jualan.


Nanti saya akan simpulkan daripada perniagaan yang saya buat.

Berminat untuk menjual kek lapis saya bolehlah dapat sideincome

TELL ME ABOUT YOUR EXPERIENCE DOING SIDE INCOME
Posted by Cikgu Murni
12 Punca kegagalan peniaga bumiputera - Kajian yang dijalan sekumpulan pensyarah MEDEC Shah Alam ke atas perniagaan bumiputera yang gagal

1. Tahap ketrampilan yang lemah
2. Hutang melebihi harta yang dimiliki.
3. Alat pengurusan seperti carta organisasi,huraian tugas, rancangan
perniagaan jarang digunakan.
4. Usahawan tidak mempunyai latihan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi.
5. Rakan kongsi memberi masalah kepada perniagaan.
6. Usahawan tidak mempunyai rancangan untuk mendorong/memotivasikan pekerja.
7. Peniaga tidak menjalankan penyelidikan pemasaran sebelum memulakan perniagaan.
8. Lokasi perniagaan yang tidak sesuai.
9. Laporan kewangan disediakan tanpa mengikut cara yang betul.
10.Usahawan tidak memahami peraturan undang – undang yang perlu dipatuhi.
11.Masalah kualiti produk dan perkhidmatan.
12.Sebahagian usahawan mempunyai imej diri yang lemah serka kurang kecekalan dan
kemampuan untuk menyakinkan orang lain.


Source – Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed, 2002. Memperkasakan usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Posted by Cikgu Murni





Salam,,maaf lama x update. Bukan apa baru buat side income jual selimut/kain cadar kat opis. spec barang : Kain cotton yang ditampal. Tengoklah contoh - contoh gambar ni. Berapa luas/bidang : tengoklah perbandingan dengan anak teman ni ( umur 1 1/2). Tengah cari siapa berminat nak jadi ejen. Tak larat lah nak gi opis ke opis. Boleh sama - sama untung. share profit kata orang. Minimum 5 helai je kalau nak jadi agen. emallah kalau sapa berminat. Lupe.. area kajang, bangi je senang teman nak hantor.
Posted by Cikgu Murni
NAMA BUKU : 117 IDEA BUSNES LUAR BIASA

Persoalan ini tentunya yang bermain di fikiran anda. Ebook ini adalah kompilasi perniagaan yang luar biasa yang di buat oleh bukan sahaja masyarakat malaysia malahan seantero dunia. Ia di tulis oleh saudara Tazilan.



So What ? Apa kaitan nya dengan perniagaan ?
Dalam kita mencari perniagaan antaranya yang pernah saya sebut adalah unik. Bila anda unik , persaingan anda kurang lancar akan meletup – letup. Perniagaan bukan hanya sekadar jual tudung, kueh sahaja.

Kekadang Idea tu Nampak BODOH tapi hasilnya…melambak pelanggan mencari.
Kekadang Idea tu Nampak Simple tapi …manafaatnya sangat banyak.

Contoh ….Ada 117 contoh perniagaan di dalam buku ini


1. Percayakah anda bukan hanya ikan sahaja boleh dipelihara dirumah tapi katak. Grow a frog adalah satu laman web yang menjual kit menternak katak. Ia mengandungi peralatan memelihara katak, makanan katak dan sebagainya.





2. Di Malayisa, Hantu takut dengan kita bukan kita takut dengan hantu lagi dah

Di Malaysia, semua markas – markas hantu akan menjadi tempat pelawat dan pelancong sekarang. Ada sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan melawat tempat – tempat berhantu ..Di Malaysia, bukan di luar negara.




3. Dr Irafan Khairi jutawan internet. Antara perniagaan awal beliau adalah peta Malaysia. Beliau mendapati menjual peta Malaysia adalah antara paling senang untuk diniagaakan.





PERCAYALAH ..SAYA SENDIRI MEMBELI DAN MEMBACANYA. SAYA YAKIN IA DAPAT MEMBANTU ANDA…….SILA KLIK PADA BANNER SEBELAH KANAN UTK KETERANGAN LANJUT PRODUK EBOOK INI,
Posted by Cikgu Murni
Lyana, anak ke 7 dr 9 orang adik beradik. Masih belajar di sebuah universiti. Apa yang menarik beliau adalah kerana walaupun masih bergelar mahasiswi, beliau dapat menjana pendapatan sampingan atau side income dengan menghasilkan dan menjual produknya sendiri.



Anak kepada pesara Felda ini menghasilkan beg, bekas pensil dan perhiasan menggunakan lebihan potongan seluar jeans yang ternama. Pada asalnya perniagaan ini timbul dari minatanya dalam menjahit bag dan assessori.




Sambutan rakan – rakan satu universiti menambahkan lagi minat beliau untuk berniaga. Lyana bukan sahaja menjual produknya di Malaysia malahan ke luar negara melalui blognya iaitu http://terompahsurau.blogspot.com/




Pesan Lyana bagi yang ingin mencari side income, ikhlas dengan diri dan carilah
Pekara yang kita minat dan buatlah sepenuh hati. Walau banyak rintangan,,just move forward.

Jadi ibu – ibu yang ingin mencari side income kuatkan tekad dan teruskan usaha murni anda……………..terima kasih Lyana
Posted by Cikgu Murni
Perkataan UNIK, KREATIF , NICHE, BOOMBASTIC IDEA dengan perniagaan tidak dapat dipisahkan. Lihat sahaja di gambar di bawah…. dengan kreatifnya si pemakai cuba menarik perhatian orang ramai dengan pakaiannya. Kalau beliau jual telurlah di Malaysia nescaya habis telur yang dijualnya.





Begitu juga dengan perniagaan. Perniagaan CENDOL LEMAN DAWI amat popular di Seremban, Negeri Sembilan. Cubalah anda kunjungi kedai cendol ini. Anda tentu setuju dengan saya betapa kreatifnya Pak cik Leman mempromosikan perniagaannya. Beli satu boleh tambah cendol sampai puas. Bukan itu sahaja…Pak cik Leman akan menyambut anda dengan celotehnya yang tak putus – putus. Pak Cik Leman akan bercerita mengenai cuaca, keadaan negeri, sejarah dan sebagainya mengenai Negeri Sembilan.




Kisah kedua..Goreng pisang Pontianak. Tengok je papan tanda ni orang akan tertanya..goreng pisang tu putih macam pontianak ke ? Datang dari pontianak ke ?..Goreng pisang ni sebenarnya bersalut coklat dan sebagainya..Hemmm boleh cuba. Suatu makanan yang unik dan baru.

Jadi..tanyalah perniagaan anda bagaimana ?


Posted by Cikgu Murni
Wednesday, February 25, 2009 at 3:00 AM | 0 comments  
SORRY...BLOG INI SEDANG DALAM MAINTENANCE LAGI
Posted by Cikgu Murni



Maid …maid ..adakah mereka menyelesaikan masalah anda atau menambahkan masalah ??

Sering saya mendengar orang mengeluh kerana maid mereka…ada yang lari, x reti itu dan ini tetapi ada juga yang mempunyai maid yang boleh diharap, setia bertahun – tahun kerja.

Apapun peranan maid amat penting walaupun mereka ini hanya menjaga anak – anak anda. Jika tidak ada maid, balik kerja kena kemas rumah, siapkan baju sekolah anak, mop sana mop sini dah pukul 10 malam. Sudah lama seharian di pejabat. Nak buat side income lagi….silap – silap pukul 8 malam depan tv anda dah terlentok kat sofa. Jadi, siapa yang ada maid yang baik jagalah kebajikan mereka kerana bukan senang nak cari maid yang benar – benar ikhlas membantu anda.

Walaubagaimanapun, jangan semua serah bulat – bulat pada maid. Ingat ! menjaga anak – anak sekaligus sebenarnya mendidik anak anda secara tidak langsung. Jika maid anda suka makan tempe, lama kelamaan anak anda pun suka makan tempe.( saya pernah lihat anak – anak yang pandai cakap Thai sebab maidnya asal dr Thai. Kita perlu tahu mana kerja maid dan mana tugas kita sebagai ibu dan isteri..) dan anak – anak juga perlu diberi tugas agar mereka lebih berdikari ( jangan biar mereka merasakan mereka bos )

Bagaimana pengalaman anda mempunyai maid ?
TAHU BAGAIMANA MEMILIH MAID YANG BAIK..beri komen anda untuk dikongsi bersama
Posted by Cikgu Murni
Thursday, February 19, 2009 at 11:58 PM | 1 comments  



Sekarang tengah buat ebook pertama saya iaitu 8 perniagaan yang boleh diceburi oleh ibu-ibu yang bekerja. Ia adalah hasil pemerhatian saya serta pembacaan saya. Ia baik bagi mereka yang baru mengenal internet sebagai medium pemasaran perniagaan yang sekarang sedang rancak berkembang..harganya ..ITs FREE FOR EVERYBODY
Posted by Cikgu Murni




Kelantan….Setahun Saya Duduk Di Kelantan Tu Pon Tahun 1993.
Pasar Ct Khadijah Menjadi Satu Mercu Tanda Dikelantan Yang Mesti Dilawati. Melihat Kebanyakan Yang Berniaga Adalah Makcik – Makcik ( Atau Mok Cik ) Teringat Saya Pasar Bawah Di Bukit Tinggi Indonesia. Orang Kelantan Dan Orang Minang Di Indonesia Mempunyai Persamaan. Berniaga Atau Mengaleh ( Dalam Bahasa Minangkabau )…Adalah Menjadi Salah Satu Cabang Pendapatan Yang Aktif Dijalankan Di Kedua – Dua ‘ Bangsa ‘ Ini. Persmaaan Lain Antara Kedua –Dua Masyarakat Ini Adalah Apabila Berjumpa Rakan – Rakan Dari Negeri Yang Sama Mereka Pasti Akan Berkata ‘ Ore Kito ‘ Atau ‘ Orang Awak’, Maka Sifat Tolong Menolong Atau Persaudaraan Menjadi Lebih Akrab. Malah Di Malaysia Gologan Yang Berbangsa Melayu Berniaga Rata – Ratanya Juga Orang Kelantan. Apakah Falsafah Yang Dibawa Oleh Masyarakat Ini Dan Diturunkan Kepada Anak Cucu Mereka…Suatu Yang Harus Dicontohi.
Posted by Cikgu Murni
Apa kebenarannya ?

Jika anda ingin menjadi seorang peguam, anda Perlu belajar, masuk universiti
Untuk beberapa tahun anda bergelumang dengan buku, menjalankan latihan amali untuk mencapai cita – cita anda. Dan jadilah seorang peguam. Untuk menjadi peguam yang bagaimana, terpulang pada anda yang menentukan.

Begitu juga apabila mencari pendapatan sambilan atau side income. Nak tak nak mesti cari new knowledge or new skill untuk tambah kewangan unless memang dah line anda selari dengan bidang yang belajar sebelum ini.

Bagi yang dah rasa dah ‘ senior ‘ atau dah berumur sikit tidak salah mencari ilmu walaupun anda rasa ilmu itu tidak sesuai dengan ‘ ijazah ‘ anda tapi dalam islam mencari rezeki asalkan halal. Tidak salah juga menimba ilmu dengan ‘adik – adik ‘ jika mereka ahli dibidang yang ‘ baru ‘ bagi anda.

Tidak semua ilmu tu free…Kekadang nak cari ilmu ni kena kuar duit skit pergi kursus. Jangan nak free sahaja. Bila berbayar, ilmu yang diajar lebih detail dan updated.

Apa pendapat anda ?
Posted by Cikgu Murni
Saturday, February 14, 2009 at 1:44 AM | 2 comments  

Salam keamanan untuk semua,

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kerjaya saya. Namanya almaklum cikgu. Memberi ilmu kepada anak - anak bangsa. Saya bersyukur kerana ia suatu kerja yang mulia. Namun...ada yang tidak cukup di situ. Saya tidak merasa puas kerana kerja saya. Something missing. Ape yek ??..I wish someday i could be a business lady. Jangan gelak, begitulah angan - angannya Tadi pagi tengah membelek - belek suratkhabar lama,ternampak kisah mengenai Tony fernandez.. alah orang besar Air Asia. Saya sungguh kagum dari seorang berlatar belakang muzik terus menerajui perniagaan kapal terbang.( tak ada kena mengena muzik dan kapal terbang) Itu lah yang dikatakan 'Hendak seribu cara, tak hendak seribu helahnya'.
Posted by Cikgu Murni
Salam..

Still looking for ' the right side income ' for u ? Nak jual tudung dah melambak org jual tudung.
Nak masuk mlm tak reti nak pujuk2 org masuk downline kiter. Same as me. Still couln't find the
right passive income the suits me. Still wandering in the internet. Hei if u or mu or hangpa have great ideas why don' t u share with me. send me an email about how i could generate pasive income
and if it is great I will share with others...
Posted by Cikgu Murni