Salam, pagi ini bila Cikgu buka yahoo search engine, satu tajuk menarik perhatian cikgu dan cikgu ingin berkongsi bersama pembaca. Bukan apa, kekadang ada yang terlepas pandang. Maaf dalam bahasa Inggeris :
By Kristyn Kusek Lewis
They’re just like you. But with lots of money.
But many modern millionaires live in middle-class neighborhoods, work full-time and shop in discount stores like the rest of us. What motivates them isn’t material possessions but the choices that money can bring: “For the rich, it’s not about getting more stuff. It’s about having the freedom to make almost any decision you want,”
source : credit to : http://shine.yahoo.com/event/financiallyfit/5-secrets-of-self-made-millionaires-1370279/
1. Set your sights on where you’re going
Twenty years ago, Jeff Harris hardly seemed on the road to wealth. He was a college dropout who struggled to support his wife, DeAnn, and three kids, working as a grocery store clerk and at a junkyard where he melted scrap metal alongside convicts. “At times we were so broke that we washed our clothes in the bathtub because we couldn’t afford the Laundromat.” Now he’s a 49-year-old investment advisor and multimillionaire in York, South Carolina.
There was one big reason Jeff pulled ahead of the pack: He always knew he’d be rich. The reality is that 80 percent of Americans worth at least $5 million grew up in middle-class or lesser households, just like Jeff.
Wanting to be wealthy is a crucial first step. Says Eker, “The biggest obstacle to wealth is fear. People are afraid to think big, but if you think small, you’ll only achieve small things.”
2. Educate yourself
When Steve Maxwell graduated from college, he had an engineering degree and a high-tech job—but he couldn’t balance his checkbook. “I took one finance class in college but dropped it to go on a ski trip,” says the 45-year-old father of three, who lives in Windsor, Colorado. “I actually had to go to my bank and ask them to teach me how to read my statement.”
One of the biggest obstacles to making money is not understanding it: Thousands of us avoid investing because we just don’t get it. But to make money, you must be financially literate. “It bothered me that I didn’t understand this stuff,” says Steve, “so I read books and magazines about money management and investing, and I asked every financial whiz I knew to explain things to me.”
He and his wife started applying the lessons: They made a point to live below their means. They never bought on impulse, always negotiated better deals (on their cars, cable bills, furniture) and stayed in their home long after they could afford a more expensive one. They also put 20 percent of their annual salary into investments. Within ten years, they were millionaires.
3. Passion pays off In 1995, Jill Blashack Strahan and her husband were barely making ends meet. Like so many of us, Jill was eager to discover her purpose, so she splurged on a session with a life coach. “When I told her my goal was to make $30,000 a year, she said I was setting the bar too low. I needed to focus on my passion, not on the paycheck.”
With $6,000 in savings, a bank loan and a friend’s investment, Jill started packaging gourmet foods in a backyard shed and selling them at taste-testing parties. It wasn’t easy. “I remember sitting outside one day, thinking we were three months behind on our house payment, I had two employees I couldn’t pay, and I ought to get a real job. But then I thought, No, this is your dream. Recommit and get to work.”
The positive attitude worked: Jill’s backyard company, Tastefully Simple, is now a direct-sales business, with $120 million in sales last year. And Jill was named one of the top 25 female business owners in North America by Fast Company magazine.
According to research by Thomas J. Stanley, author of The Millionaire Mind, over 80 percent of millionaires say they never would have been successful if theirvocation wasn’t something they cared about.
4. Grow your money
Most of us know the never-ending cycle of living paycheck to paycheck.The fastest way to get out of that pattern is to make extra money for the specific purpose of reinvesting in yourself,” says Loral Langemeier, author of The Millionaire Maker. In other words, earmark some money for the sole purpose of investing it in a place where it will grow dramatically—like a business or real estate.
There are endless ways to make extra money for investing—you just have to be willing to do the work. “Everyone has a marketable skill,” says Langemeier. “When I started out, I had a tutoring business, seeing clients in the morning before work and on my lunch break.”A little moonlighting cash really can grow into a million. Twenty-five years ago, Rick Sikorski dreamed of owning a personal training business. “I rented a tiny studio where I charged $15 an hour,” he says. When money started trickling in, he squirreled it away instead of spending it, putting it all back into the business. Rick’s 400-square-foot studio is now Fitness Together, a franchise based in Highlands Ranch, Colorado, with more than 360 locations worldwide. And he’s worth over $40 million.
5. No guts, no glory
Last summer, Dave Lindahl footed the bill for 18 relatives at a fancy mansion in the Adirondacks. One night, his dad looked out at the scenery and joked, “I can’t believe we used to call you the black sheep!”
At 29, Dave was broke, living in a small apartment near Boston and wondering what to do after ten years in a local rock band. “I looked around and thought, If I don’t do something, I’ll be stuck here forever.”
He started a landscape company, buying his equipment on credit. When business literally froze over that winter, a banker friend asked if he’d like to renovate a foreclosed home. “I’m a terrible carpenter, but I needed the money, so I went to some free seminars at Home Depot and figured it out as I went,” he says.
After a few more renovations, it occurred to him: Why not buy the homes and sell them for profit? He took a risk and bought his first property. Using the proceeds, he bought another, and another. Twelve years later, he owns apartment buildings, worth $143 million, in eight states.
The Biggest Secret? Stop spending. Every millionaire we spoke to has one thing in common: Not a single one spends needlessly. Real estate investor Dave Lindahl drives a Ford Explorer and says his middle-class neighbors would be shocked to learn how much he’s worth. Fitness mogul Rick Sikorski can’t fathom why anyone would buy bottled water. Steve Maxwell, the finance teacher, looked at a $1.5 million home but decided to buy one for half the price because “a house with double the cost wouldn’t give me double the enjoyment
source : credit to : http://shine.yahoo.com/event/financiallyfit/5-secrets-of-self-made-millionaires-1370279/
Salam, Sebagai blogger kebanyakan kita menggunakan blog untuk menulis pandangan kita, pendapatan dan ada yang sebagai diari untuk dikongsi bersama pembaca yang lain. Sambil - sambil 'blogging' kita benarkan iklan masuk ke dalam blog kita seperti nuffnang, google adsense. Iklan ini dibayar berdasarkan perklik ke atasnya. Ada persoalan mengenai hukum pengiklanan sebegini. saya paparkan dari blog ustaz Zaharuddin untuk peringatan saya dan paparan sahabat - sahabat semua
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
* 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
* 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
* 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
* Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
* 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/926/72/
Selamat hari guru kepada guru - guruku ( guru tadika, guru sekolah, guru universiti, guru pengalaman hidup ). Kerana mu juga aku telah menjadi guru kepada murid - muridku. Semoga aku telah memberi terbaik untuk murid -muridku. Yang paling indah jadi guru adalah melihat pelajar - pelajar berjaya dan menjadi Orang. Orang adalah manusia yang bertanggungjawab pada agama, negara dan sudah tentu aku ingin melihat mereka berjaya. Mudah - mudahan bila dah jadi orang besar, ingat juga pada cikgunya yang ini. Benarkah : Kalau pelajar tak lulus, cikgu yang salah ajar tapi kalau pelajar berjaya..hasil usaha pelajar itu sendiri ???
Cikgu menerima sebuah email dari seorang sahabat berserta sekeping gambar.Tak tahu daripada sumber asal gambar ini cuma Cikgu nak share dan minta pendapat apa yang dapat diceritakan mengenai gambar ini.
Bagi cikgu : 1. Kasih abang pada adik 2. Kita selalu rasa tidak cukup dengan apa yang ada tapi sebenarnya ada yang lebih memerlukan. 3. Adakah kita seorang yang perihatin dengan anak - anak yang susah atau 4. Ia adalah suatu sindiket meminta sedekah..
Di negara luar, recycle atau produk dari sampah telah diusahakan secara komersial. tengok video ini tapi jangan pula lepas ni banyak lori - lori kat Malaysia yang hilang tayar sebelah. Tak dapek nak nolong..
Nak tahu lagi produk apa yang boleh dibuat dari sampah..dapatkanlah ebook cikgu Harta Dari Sampah ..he he he ( RM30 sahaja )
Jangan sekat kretiviti anda dalam berniaga. Selagi ia tidak dianggap berdosa atau suatu yang menyalahi undang – undang negara dan adat tatusila kemanusian, jalankan perniagaan apa dan bagaimana yang kita mahu sebaiknya. Pedulikan kata – kata orang yang akan membunuh semangat kita ( sebb itu kata orang kalau nak berniaga suatu produk jangan mula dengan orang yang kita kenali dahulu ). Manusia diciptakan Allah unik, cara berfikir tidak sama.
5 perniagaan yang gila – gila dan ada yang bengong tetapi menghasilkan pulangan lumayan
1. milliondollarhomepage Seorang remaja berumur 23 menghasilkan laman web million dollar homepage dimana beliau menjual pixel di dalam satu laman web. Setiap pixel boleh digunakan untuk meletakkan logo syarikat. Walaupun agak gila idea tetapi ia telah menjadikan beliau jutawan.
2. Doogles Sebuah laman web yang menjual kaca mata untuk anjing. Ish biar betul.. Memang betul. Ada yang sayang binatang peliharaan mereka seperti anak mereka sendiri. Selain cermin mata ada pelbagai lagi assesori untuk anjing.
Tambah gadget seperti bola pada antena kereta anda biar nampak cantik, bergaya dan menepati ciri – ciri pada diri anda.
4. luckybreakwishbone (http/luckybreakwishbone.com ) Anda ingin menjejak kaki ke bulan atau kebintang, kahwin dengan anak raja ? Patahkan wishbone dan pasang niat dan bayangkan cita – cita anda itu tercapai.
5. Figdeck -( http/fitdeck.com/) Anda ingin bersenam tanpa merasa letih ? Jangan risaukan, tak perlu beli ‘ dumbell dan alatan sukan lain. Bersenamlah dengan hanya bermain kad yang menunjukkan bagaimana cara untuk bersenam. Pilihlah senaman apa yang anda inginkan.
Hari ini masih sibuk dengan tugas di pejabat. hampir pukul 7 mlm sampai ke rumah. Bertalu - talu cikgu menerima ucapan hari ibu dari semalam hingga ke hari ini. Selepas solat cikgu talipon ibu untuk mengucapkan selamat hari ibu. Tergenang airmata bila mengingatkan ibu. Bukan tak selalu jumpa namun masih belum memberi yang terbaik untuknya dan tidak boleh selalu berada hampir dengannya. Ketahuilah ibuku sayang, kekuatanku ini adalah hasil didikanmu, kejayaan yang pernah ku lalui adalah kerana doamu. Mudah2an aku bisa menjadi ibu yang baik untuk anak - anakku.
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja... aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku... ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Ibu Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... . aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
SUMBER http://istimewa2u.blogspot.com/2008/05/puisi-ibu.html
Salam, selepas magrib tadi ( ketika masih bertelekung ), anak cikgu yang sulung (darjah 6) mendekati cikgu ( Muaz namanya ) dan tiba2 dia berkata 'ehh hari apa hari ini ( dengan gaya seolah2 memikirkan sesuatu )sambil mengeluarkan coklat cadbury yang berharga RM1.50 dan berkata Selamat Hari Ibu mama. Sebaknya dan gembira cikgu dengan pemberian anak. Pemberian Ini adalah kali pertama anak cikgu sempena hari ibu. Doa cikgu semoga anak - anak cikgu menjadi anak yang soleh.
SEMPENA HARI IBU Untuk pengetahuan sahabat budiman, cikgu adalah penulis Harta Dari Sampah. Sempena hari ibu ini Cikgu ingin memberi diskaun ebook cikgu iaitu RM 20 daripada harga asal RM30 jika membeli direct dari link sideincomibu ini. Terhad untuk 2 hari sahaja sehingga Rabu ini ( 12 Mei 2010 ).Ingin mengetahui serba sedikit ebook ini ? download edisi percuma di banner sebelah kanan.
Di dalam kepala kita masa mencari ilmu sudah berlalu. Ia adalah masa ketika ketika di bangku sekolah ( belajar sakan nak pass periksa dan masuk universiti ),kemudian masuk universiti ( belajar sampai pening nak jadi Engineer cita – cita cikgu dolu - dolu ), disini Mak Ayah sanggup bergadai untuk menghantar anak – anaknya ke universiti. Lepas tu kerja dan kerja. Bila nak pergi kursus , tunggu kompeni hantar. ( free.. ), itu pun untuk menambahbaikkan bidang kerja cikgu. Tapi...jarang – jarang kita pergi kursus berbayar ( Tanggung sendiri ), membeli buku yang mahal sedikit untuk menambah ilmu untuk tujuan kekayaan ( tapi kalau kursus itu sebut gerenti jadi jutawan, cikgu pasti ramai yang hadir...namun itu adalah kursus memancing duit anda ).
Dalam islam jelas, kalau hendak dunia, perlu ada ilmu dunia dan kalau hendak akhirata perlu ilmu akhirat dan kalau mahu kedua – duanya perlu ada ilmu dunia dan akhirat. Seorang Doktor jelas tidak akan menjadi doktor kalau ilmunya kejuruteraan. EHH nak kaya pun kena ilmu ? Pasti... Pencuri sekarang pun berteknologi maklumat untuk mencuri duit orang apatah lagi kita yang mencari peluang perniagaan, mencari side income dan yang belum kaya ( jangan kata tidak akan kaya raya ) dan mahu jadi jutawan. Memang boleh berjaya dengan ‘ try and error ‘ namun lagi cepat berjaya kalau berguru terus kepada tokeh atau pakar nya sendiri.
Berguru dengan Chef Wan tidak sama dengan berguru dengan Makcik Joyah walaupun kedua – duanya hanya untuk membuat nasi lemak. Tajuk kursus Chef Wan mungkin ‘bagaimana menghasilkan nasi lemak yang pelanggan yang sama akan makan setiap hari ‘ manakala kursus Makcik Joyah mungkin sekadar ‘ Cara masak Nasi Lemak ‘. Sudah tentu ‘ do and don’t ‘ tidak ditulis di dalam buku – buku serta di mana lubang – lubang duit terkini dibocorkan di dalam akhbar. Berapa keluar duit untuk ilmu kaya ? Di dalam blog jutawan internet Irfan Khairi ada menyebut dia pernah mengeluarkan 90% dari pendapatannya untuk ilmu ke arah kekayaan. SAYA , ANDA ??? pikirlah sendiri Yang lain : JANGAN KEDEKUT BERSEDEKAH DAN MEMBERI ILMU
Hari ini cikgu balik kerja agak lewat mlm, banyak kerja kat ofis namun sempat juga cikgu menyelak satu dua blog orang lain. cikgu terjumpa laman blog jualan anak – anak muda lelaki iaitu jualan BUNDLE. Jualan barangan Bundle di Negara kita adalah jualan barangan 2nd hand atau terpakai. Kebanyakannya bila sebut BUNDLE, produk di dalam fikiran adalah baju, tshirt, seluar, kasut dan sebagainya. Kebanyakan pembeli sanggup membeli barangan bundle kerana : produk tersebut murah, susah hendak di cari dan asli.
Dahulu tidak ramai yang menceburi perniagaan barangan bundle, mungkin masih ramai pengguna ketika itu memandangnya sebagai barangan yang ‘cepisan’ namun sekarang tidak lagi kerana kalau pandai memilih, qualiti produk masih berkeadaan tip top. Bagai suatu pengkususan pula, apabila yang berniaga itu perempuan maka produk perniagaan yang dijual adalah makanan, pakaian wanita, peralatan dan pakaian anak – anak manakala kalau yang menjual lelaki maka produk perniagaan BUNDLE, gajet seperti telifon bimbit dan sebagainya.
Namun seharusnya sebagai orang yang bergelar usahawan, wanita seharusnya melihat ini sebagai peluang perniagaan yang besar. Cuma mugkin produk yang di jual harus juga dipilih – pilih supaya tidak terjual pakaian yang memaparkan gambar yang salah di sisi agama dan moral. Yang bestnya, selain daripada di jual diblog dan web, ia juga boleh dijual di pasar malam, car booth sale dan ia selalu mencuri mata pengujung yang datang ke situ.
Begitu juga second hand. Cuma produk perniagaan second hand di Malaysia lebih meluas dan kedai – kedai second hand tumbuh bagai cendawan.
Yuk kita tengok apa yang dijual oleh blog perniagaan BUNDLE dan SECOND HAND
1. Masihbaik – perniagaan menjual barangan bundle untuk luaran atau outdoor seperti baju, beg galas dan sebagainya.
Rujukan : http://masihbaik.blogspot.com/
foto : kredit kepada one_rombengan bundle
2. one-rombengan Produk perniagaan blog ini adalah kemeja T dan seluar berjenama dan ‘ funky ‘
Rujukan : http://www.one-rombengan.blogspot.com/
foto : kredit kepada aisyaimya 3. aisyaimya Blog ini menjual barangan terpakai dari England ( Mungkin pemilik blog ini berada di England ketika ini ). Produk yang dijual mainan, pakaian yang terpakai. http://aisyaimya.blogspot.com/
Ketakutan bersifat peribadi. Hal ini mempengaruhi orang dalam cara yang berbeza dan pada waktu yang tak terduga. Ada yang takut memulakan perniagaan tanpa berfikir panjang. Anda sendiri tahu ketakutan anda. Cara membuang ketakutan itu adalah.
1. Cari kekuatan unik anda. Melihat ke dalam diri sendiri, dan mengambil persediaan dari apa yang unik tentang anda dan perniagaan anda. Itu asas anda akan membangun, dan akan memberikan hasil yang tak terduga.
Nina Yang, pengasas 32 tahun dari Double Edge Entertainment di Sherman Oaks, California, telah mimpi: untuk mencipta gaya baru filem dengan persimpangan budaya Asia dan Amerika dan genre. Dia tahu cara melihat peluang dan apa yang diperlukan untuk membuat mereka nyata. Tapi sebelum memulakan perniagaan, dia takut persaingan. Dia mulai menghilangkan perasaan takut ketakutan itu dengan menciptakan sebuah pasukan yang boleh memboleh memberi nya sokongan dan berkongsi idea. Dia sekarang mempunyai pejabat pengeluaran sendiri dan kakitangan, pelanggan di China dan Amerika Syarikat dengan jualan sebanyak $ 2 juta.
2. Tegaskan kembali kemampuan anda dan kuatkan keyakinan anda pada diri anda sendiri.
Kita perlu untuk melihat keyakinan tercermin dalam sesuatu yang nyata. Daptkan maklum balas daripada orang-orang yang anda percaya boleh membantu anda menukar rasa takut menjadi tenaga untuk bergerak maju di dalam rancangan perniagaannya.Dia tahu dia boleh menawarkan khidmat pelanggan yang unik dan menghasilkan wang. Apabila memulakan perniagaan dengan sahabatnya, dia merasakan menjalankan perniagaan adalah lebih menakutkan dari hanya menulis mengenainya. Anak dan isteri adalah dibawah tanggunggannya. Memikirkan ‘kalau itu dan ini terjadi ‘menjadikan pemikirannya terencat untuk bergerak. Beliau membuang perasaan takut itu dengan berkongsi fikiran dan rancangan dengan orang-orang yang mengenalinya dengan baik. Ia menukar ketakutan kepada suatu yang mengerakkannya lebih cergas ke hadapan. Hari ini, Myer dan Mazur mempunyai jualan lebih dari $ 16 juta, dan mereka masih terus berkembang. Myer berkata, "Apabila anda mendorong diri sendiri mengatasi ketakutan untuk memulakan perniagaan, ia tidak akan takut memulakannya lagi, ia tidak akan datang lagi"
3. Bicara positif dan meminta bantuan. Semua ketakutan walaupun kecil akan bertukar menjadi besar apabila kita sendiri menghadapinya. Belajarlah untuk menterjemahkan rasa takut anda ke tujuan tertentu, dan kemudian meminta orang lain untuk mendapatkan bantuan yang sedia bagi anda. Jangan selalu berkata "Saya tidak yakin pelanggan akan datang," , tukar dan katalah "Aku tahu ada pelanggan untuk produk saya Bagaimana cara menarik mereka?." Kenyataan mudah ini membolehkan anda mendapat sokongan dan memberi anda peluang untuk menawarkan penyelesaiandan bukan bersimpati dengan ketakutan anda. " Suatu yang amat menakjubkan dimana ramai sebenarnya ingin membantu anda ketika mereka tahu anda memerlukan bantuan. Perlu ada keberanian untuk bertanya," kata David Cardona, 39, seorang pereka fashion top di Los Angeles. "Orang - orang itu masih ingat ketika mereka dalam situasi anda, dan pintu-pintu terbuka luas"
Missy MASTEL, presiden 32 tahun Massa-Tel Communications Inc, sebuah telekomunikasi-audit syarikat perkhidmatan di San Francisco, takut menggaji pekerja pertama .Dia cemas tentang cukai-nya, insurans dan kewajipan risiko. Dia juga bimbang apakah cukup untuk menggaji orang yang tepat. Dia menukar ketakutan belia kepada tindakan. Untuk MASTEL, langkah-langkah kecil mengarah ke tindakan besar. Dia menyewa kontraktor bebas dan perunding yang telah memiliki kepakaran. Mereka mengembangkan sumber dalaman dan proses yang dia perlukan. Kemudian dia mampu menggaji pekerjanya berdasarkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang perniagaan. Penjualanan perniagaannya kini mencapai $ 1.5 juta, "aku membuang rasa takut ku dengan melakukan tugasnya dan dengan itu memaksa ku untuk belajar dan tumbuh."
Salam bahagia, hari ini cikgu akan review blog/web pemasaran wanita iaitu Zara zass collection.
http://zarazass.blogspot.com/
Produk jualan : tudung dan kain Bagi seorang peniaga yang baru menggunakan internet sebagai medium jualan ( kalau tengok post dalam tahun ini juga ). Dari segi warna blog sesuai untuk dijadikan blog jualan, susunan amat memberansangkan. Woow tulisan warna ‘Blink blink’. Diskaun untuk follower ..itu yang wanita suka !. antara magnet utama jualan. Untuk menarik pembaca, Perkataan yang penting di bold dan warna yang berlainan. Produk jualan agak lengkap sebab disertakan saiz, gambar serta harga. Namun mungkin boleh tambah satu laman/page bagaimana prosedure membeli. Mungkin shopping chart, order form atau apa yang sesuai. Cikgu cadangkan kurangkan atau jangan masukkan pengiklanan dahulu , setelah agak lama dan stabil baru dimasukkan. Juga mungkin boleh papar gambar dan nama sebenar pada profil supaya lebih pembeli lebih percaya untuk memasukkan / membayar duit kepada tuan punya blog. Masukkan testimoni pelanggan dengan produk yang dijual. Ini penting kerana bakal pembeli tidak tahu kualiti produk jualan. Dengan testimoni, keyakinan bakal membeli lebih kukuh. Kalau boleh sertakan berapa bayaran pos kerana ada pembeli tertanya – tanya. Tidak pasti samada ia adalah pendapatan sambilan/ side income Zara Zass atau sepenuh masa. Tahniah Zara Zass.
salam sejahtera, dah sebulan rasanya hilang menyepi. Banyak kerja di offis, tak menang tangan rasanya, asyik balik lewat. Rasa menjerit pun ada. Banyak juga projek ebook dalam kepala ni. Ebook walau tak laju jualan tapi cikgu puas apabila pembaca memberi komen yg baik. Mengapa agak murah ? itu persoalan pembaca ebook cikgu. kerana cikgu mahu sebanyak mungkin orang dapat membeli dan mendapat manfaat daripadanya. (kalau ada yang berminat boleh klik diatas )
komen pembaca ebook cikgu: http://produk-produkterbaik.blogspot.com/2010/03/sampah-menjadikan-anda-jutawan.html
Next project : juga ebook tapi khusus untuk wanita. Tengah buat ' study '
Cikgu rasa sebelum ini, mereka yang menjadikan internet sebagai mata pencarian samada tetap atau side income dipelopori oleh lelaki sahaja namun cikgu silap. Nama - nama besar dunia internet di Malaysia bukan sahaja oleh kaum yg sama dengan Irfan Khairi sahaja tetapi orang - orang seperti Luvley, catzer, Lisa Helmi adalah antara wanita - wanita besi IM yang dikenali ramai oleh pengiat di bidang ini.
Luvley atau nama beliau Nurulhayati menyediakan perkhidmatan graphic seperti banner, minisite yang mana pelanggan beliau menjangkau luaran Malaysia. Cheapest-design, itu lah website design beliau yang menaikkan nama beliau di dalam industri teknologi maklumat.
Tidak mustahil untuk mana - mana wanita untuk berjaya asal kuat semangat dan kuat kerja.
Ayat itu cukup pendek iaitu 'One step at a time' namun pengertiannya amat luas. Dalam kita mencari pendapatan sambilan khusus untuk anak - anak tersayang harus satu - satu perniagaan/kerja dicuba dan tentukan yang mana sesuai dan mampu untuk kita. Kita tidak harus buang kebahagian yg ada dan menunggu anak - anak sudah besar baru menikmatinya ataupun dijadikan sebagai alasan untuk mengabaikan anak - anak.
Sedikit Tekanan perlu supaya kita terus berusaha dan tidak menunggu bintang atau bulan jatuh ke tangan.Didalam perjalanan doa harus terus dipanjatkan kerana Allah kerana Dia yang memudahkan urusan di dunia serta Dia yang menampakkan jalan - jalan untuk mencapai yang diimpikan dan Dia juga membuka hati - hati manusia agar membantu kita.
Alhamdulillah harus juga selalu bersyukur kerana dengan bersyukur akan dibukakanNya pintu rezeki yang lain dan tanda orang bersyukur harus juga sedikit memberi ( banyak lebih baik ) seada yang mampu kerana 1 diberi seribu diterima
Dengan kalimah Bismillah, saya melancarkan ebook saya yang pertama iaitu harta dari sampah. Ebook ini mengambil masa 7 bulan untuk disiapkan, lengkap dengan penerangan serta foto untuk pemahaman pembaca. Buku ini tidak didapati dimana - mana gedung buku mahupun di internet.
PEMBACA BLOG yang saya muliakan bolehlah download preview ebook ini. preview adalah PERCUMA dan saudara nilailah sendiri. terima kasih.
Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari.
Sampah bukan sahaja memburukkan mata memandang dan hidung yang membau tapi tempat merebaknya penyakit serta pembakaran sampah sendiri akan merosakkan alam sekitar.
NAMUN JIKA KITA BIJAK, manupulasi sampah dengan betul, maka tidak disangkal sampah akan memberikan sumber pendapatan yang lumayan pada kita.
BUKTI
Seorang wanita di China dikategorikan sebagai wanita terkaya dunia. Tahukah apa antara kerjaya awalnya ? ye mengumpul kertas terpakai
Perlu ke tidak menunjukkan muka dan nama sebenar di dalam blog perniagaan anda ?
Ramai yg menyorokkan muka mereka, menggunakan muka org lain dan menggunakan nama samaran.
Antara sebab mengapa berbuat demikian : 1. Segan ( segan kawan – kawan tahu ) 2. Takut ( mungkin anda membicarakan hal politik, membangkang sesuatu atau takut bos anda tahu ) 3. Memang anda seorang pemalu.
Jika anda menulis blog sekadar suka – suka tidak mengapa tetapi amat Penting anda memaparkan rupa dan nama anda sebenar jika anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran anda. Nama adalah brand anda. Contoh : Irfan Khairi. Perhatikan blog beliau yang memaparkan gambar beliau yang penuh keyakinan.
Keyakinan pelanggan terhadap barang yang anda jual juga bertambah. Selain testimoni pelanggan ia amat membantu dalam meningkatkan pemasaran. Jangan terkejut !. Ada juga yang ingin kagum dan ingin mengenali anda
Sedang sibuk menanda soalan peperiksa pelajar, saya berhenti sebentar untuk menulis isu ini.
MLM atau multilevel marketing adalah begitu sinonim dengan kita. Ada yang ‘ alergi ‘ dengan mereka yang menjalankan perniagaan ini. Belum habis kawan bercerita dah cakap tak pelah. Ramai yang menjadikan mlm sebagai side income. Ia bersifat rangkaian yang mana boleh berkembang dengan lebih cepat dan juga sesuai untuk side income. Pada pendapat saya,dengar dahulu apa barang atau perkhidmataan yang dijual sebelum tolak bulat2. Ada produk yang baik dan ada yang setakat nak memancing ahli. Namun saya risau dengan scenario kini yang mana ahlinya perlu membeli dengan kuantiti yang banyak, cari ahli untuk mendapat untung yang banyak dan perlu modal yang besar. Sebagai seorang islam perlu kita meneliti mengenai mlm bagaimana yang kita buat agar apa yang disuapkan pada anak2 bersih dan berkat bukan setakat mengikut dan mendengar.
Beberapa pandangan dr website untuk tatapan ibu2 di ruang siber ini :
Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya. Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu. MLM dari sudut positif Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya. MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.
Faktor-faktor haram Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah: 1. Perjudian Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan. 2. Riba Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.
'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara. Tadlis, taghrir dan Syamta' Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang. Anda boleh juga menyusuri laman web ustaz Zaharuddin
Sedang saya menonton rancangan Dr Fadhilah Kamsah, saya tertarik dengan isu IBU TUNGGAL. Beliau dengan tetamu beliau ( maaf lupa nama tersebut, wanita seorang prof). Antara kata – kata Tetamu beliau yang tertarik adalah : Terimalah hakikat menjadi ibu tunggal dengan rasa besar hati, jangan rasa rendah diri. Allah menguji hambaNya sebb Dia tahu hambaNya mampu dengan ujian tersebut. Jangan rasa rendah diri, atau berkata dalam hati ” kenapa Allah berbuat demikian padaku yang hakikatnya akan merosakkan hati. Lebih baik jadi ibu tunggal daripada ibu tunggul. Ibu tunggul adalah yang berkahwin tapi isteri buat semua termasuk mencari nafkah ( lebih makan hati ).
Masyarakat harus juga menyokong dan membantu ibu tunggal. Sebagai contoh jika perlu carikan bantuan agar anak – anaknya dapat belajar dengan baik dan sebagainya. Begitulah serba sedikit yang saya ingat. Menurut Dr Fadhilah ada 20 orang yang syaitan tidak suka dimana yang ke 19 adalah seorang lelaki yang membantu ibu tunggal. Mulia sebenarnya membantu ibu tunggal nih. Kita masyarakat masih ramai yang memandang serong ibu tunggal atau janda. Takut suami kena rampaslah. Yang herannya perempuan juga yang mengumpat perempuan.
Wahai yang bergelar ibu tunggal, jgnlah rendah diri, perkemaskan diri mu menghadapi hari2 yg akan berlalu. Ramai yang berjaya dan yakinlah kau terpilih kerana kamu mampu. Selamat berjaya