Bila masanya orang ramai berfacebook termasuk jiran-jiran anda yang bekerja :
suatu statistik kajian menunjukkan :
pada hari bekerja : pukul 11 am, 3 pm dan 8pm
Paling tinggi pada pukul 3 pm
Hari kerja paling ramai guna FB ada lah pukul 3 pm
Hari paling sedikit adalah pada hari Ahad
Post pada waktu pagi adalah yang paling banyak mendapat komen walaupun waktu peak pada puku;l 3 pm
SENARAI LEBIH 10 SYARIKAT YANG MENAWARKAN PRODUK DROPSHIP YANG MELETUP
**** hanya untuk 10 orang pertama sahaja rahsia ini dibocorkan......
Dropship
Dropship adalah antara
perniagaan paling cepat yang boleh dimulakan terutama bagi mereka yang tidak ada
produk sendiri dan antara yang paling sesuai di jual di laman sosial
facebook : Paling Penting :
1. Pastikan syarikat menawarkan produk jujur. 2. Pastikan jangkamasa pos, pos tracking no 3. Pastikan stok ada ketika jualan diadakan. 3. Gambar yang menarik dan terang
COMPANY A
Dengan hanya mempromote gambar sahaja , kita dah dapat untung dengan
cara dropship berpuluh ringgit dan yang best harganya pun murah tak
sampai RM100 pun untung sepasang baju-baju dibawah ( pada ketika gambar ini dipostkan ) saya akan berikan sumber-sumber dropship produk-produk yang cantik ini oleh company A. Dengan produk company A sahaja anda sudah boleh buka kedai di fanpage.
COMPANY B
Ratusan Bag dan baju moden oleh Company B. ye syarikat ini menjual pelbagai produk dari bag, baju dan minyak wangi untuk wanita dengan harga berpatutan
COMPANY Ckalau tidak mahu pakaian kanak - kanak , apa kata puluhan produk ( hampir ratusaan ) dari company B dari solekan , makanan tambahan, kesihatan dan produk-produk lain tempatan dan luar negara.
COMPANY D
Pelbagai rangkaian pakaian muslimah seperti baju-baju dari butik, jubah, baju kurung dari company iini
gambar- gambar ini dikreditkan kepada company tersebut, bukan tujuan untuk menjual.
Assallamualaikum, dah lama sesangat tak update.
Kembali mengenai perniagaan, Sekarang dah menjadi trend yang baik dimana artis ramai dah bertudung ( tahniah ) dan ramai dah mula menceburi bidang perniagaan. Masa nilah masa top nak gunakan nama artis sebagai nama produk, wakil produk.
Antara nama artis yang mula-mula dahulu berniaga ( 80an )dan berjaya adalah artis serba boleh, seorang peguam, seorang kartunis dan seorang ahli perniagaan ( kalaulah cikgu boleh jadik macam dia .. ) arwah Sudirman Hj Arshad. ingat lagi air Sudi. Dikhabarkan yang untung jutaan ringgit dahulu.
ok back to story mory mengenai artis jual benda busuk tapi best . Ye artis ni jual belacan tapi cikgu memang respek. CIkgu yakin strategi beliau adalah menjual produk yang sentiasa orang gunakan ( especially Melayu ), jadi dalam sebulan dah tentu sekurang-kurangnya 3 bungkus belacan kita guna..jom layan ni dulu
Hidup rasa tak sempurna tanpa belacan
Nilah artis nya. Ezany. beliau bukan sahaja mengeluarkan belacan tapi juga kicap dengan jenamaa Ezany
Dalam mencari pendapatan sambilan, perlu juga tahu adakah sesuai dengan jiwa anda. Bukan orang masuk bisnes itu,anda pun ikut serta..akhirnya apa pun tak dapat.
Sebagai contoh Anda Ingin Menjadi Ejen Insuran/ Ejen Saham Amanah
anda seorang pendiam tidak pandai sangat bab bawak kereta ( hanya tau bawa kereta pergi balik kerja/kedai ). Anda pun tak minat nak jumpa orang sembang lama2, call beberapa nak 'pujuk' beli insuran. Menjadi Ejen Insuran kena call 5 hingga 10 orang sehari, kena pergi sana sini jumpa klien, belum lagi hal kecemasan klien talifon. Maka kalau anda tidak tahan 1 bulan berbuat demikian rasanya macam tak sesuai.
Sekarang sudah menjadi trend yang baik dimana ramai wanita berlumba - lumba berniaga kueh dan makanan. Kalau musim perayaan Nama - nama seperti biskut Almond London, Tart nenas dan sebagainya pasti ada yang menempahnya. Nama - nama kueh seperti cup cake dan cokelat yang begitu asing untuk dijual secara ONLINE sudah menjadi suatu yang biasa di jual. Cumaa Persoalannya...apakah kelebihan dari satu pengusaha kepada satu pengusaha yang lain. Apa bestnya kueh si polan ini dengan si polan itu. Untuk menghadapi persaingan seperti ini, pengusaha kueh perlu sedikit kreativiti serta inovasi..
Contoh yang paling baik adalah pengusaha kueh TART : HZ HOUSE OF UNIQUE COOKIES. Kueh Tart beliau mempunyai pelbagai bentuk dari sayur - sayuran serta buah - buahan. Meh tengok produk beliau :
kredit kepada : http://hzcookies-products.blogspot.com/
Cikgu terbaca ruangan di Zaharudin.net mengenai keberkatan rezeki. sangat manfaat. Kita ambil iktibar darinya. Cikgu ambil 1 kisah sahaja dari blog tersebut :
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000. 2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan. 3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia. 4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan. 5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan. 6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas. 7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan. 8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi. 9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation 2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh. 3. Sering membaca Surah Al-Waqiah 4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam. 5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya. 6. Suka menolong orang dan memberi derma 7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit. 8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya. 9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
“Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, "She doesn't have what it takes"; They will say, "Women don't have what it takes";”
Suatu ilmu yang saya terima :
WANITA : - Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. - Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. - Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. - Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. - Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Sayangnya ALLAH pada WANITA :
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. - Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). - Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. - Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. - Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Di dalam post Cikgu sebelum ini, cikgu ada menunjukkan bagaimana blog juga boleh menjana pendapatan - ( banyak viewers , % klik tapak iklan dan % klik pada iklan berbayar seperti spt nuffnag )
Kita juga boleh berjaya seperti Nama - nama blogger berjaya seperti : redmummy, eqbalzack..
Cikgu sertakan video yang memang sangat bagus untuk rujukan :
Antara fakta 11 perkara menjadikan anda blogger berjaya adalah :
1. Consistensi dalam meng post – update sekurang - kurang seminggu sekali 2. Original 3. Perkara yang di post - ' out of the box ' 3. Great layout - cantik, comel ( cikgu punya hi background macam underground je hitam lah kan.( nak khabor lah ni - tak pandai teman ) 4. Humor 5. Diversiti of post – gambar. Video. 6. Sambung dengan Social networking – cth Facebook 7. Kolaborasi dengan blog lain – friendship dengan blog lain, mengadakan suatu projek dengan blog lain 8. Promosi – forum bersesuaian dengan blog, comment 9. Broadcasting - youtubelah 10. gembira berblog - kalau tidak jangan berblog...
Hari ini cikgu nak kongsi bagaimana hendak memasukkan meta tag di dalam blogspot sahabat. Apa kebaikannya ? untuk menaikkan rank blog kita di dalam engin carian.
Salah satu untuk mendapat pendapat pendapatan sambilan adalah dengan melibatkan diri dengan Internet Marketing. Ada pelbagai cara , diantaranya saya sebut : Adsense, affiliate, blogging dan sebagainya. Cikgu ingin mencadangkan website di bawah serta beberapa link video youtube Lisa yang sangat menarik..Tapi yang paling penting kena banyak menkaji dulu dan pilih yang mana sesuai..jangan gelojoh nak duit aje..and guys it's a real money.
cuba tengok arnab tu comel tak ? mesti ada kata geramnya, comelnya..nak satu ! Hari ini cikgu nak bawa satu lagi jenis perniagaan sambilan yang boleh kita cuba iaitu perniagaan haiwan peliharaan atau pets.
Namun bagi cikgu perniagaan ni sesuai bagi mereka yang sayangkan binatang, rajin membersihkan binatang ( bukan sekadar nak untung ! ), tahu serba sedikit penyakit binatang, apa yang boleh dijual dan apa yang tak boleh..
Rasanya tak perlu banyak jenis, sebaiknya fokus 1 jenis binatang sahaja dan yang mudah dipelihara seperti hamster dan arnab.
http://arnabtadika.blogspot.com/ menjual pelbagai jenis arnab. Antara yang dijual adalah Netherland Dwarf. Begitu juga seorang lagi blogger yang menjual hamster iaitu di http://wedolovepets.blogspot.com/. Siap ajar camner nak mandikan tikus hamster lagi.
Tak tau nak jaga arnab ? cuba blog http://arnab-manja.blogspot.com/ ada kursus penternakan arnab ..RM350 sahaja ( wahh promot nampak !! bukan ,,hanya membantu sesiapa yang berminat ingin mengetahui )
Hanis Zalika... Nama itu tiba - tiba muncul di harian metro..Bukan kes bunuh profile tinggi atau pelakon sinetron yang dicari tapi namanya terletak di 'rank'nya tinggi di mata google, mengalah nama - nama gah seperti Siti Nurhaliza.Boleh saya katakan Ratu Blogger. Dengan jumlah pengujung dalam 16 000 sehari ( menurutnya di metro ) anda bayangkan berlumba - lumbanya orang persendirian/syarikat yang ingin mengiklan di blog beliau..Itu pun satu cara pendapatan sambilan. Tak payah susah kak ooii jual belacan online. Cikgu rasa beliau mungkin ada aura seperti Mawi..
petikan harian metro :
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).
Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).
Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.
Ada masanya semua yang di lakukan serba tidak menjadi. Perniagaan dan apa sahaja yang dibuat terhenti, kurang pembeli, marketing tak kena, duit dah banyak guna untuk itu dan ininya. Rasa - rasanya nak berhenti sahaja daripada semua ini ?
Teringat kata - kata seorang sahabat. Jika semua tidak menjadi, bukanlah tidak ada rezeki lagi untuk kita tapi lompatlah ke dahan yang lain ( tukar perniagaan yang lain ) atau berhenti sejenak, ambil masa beberapa hari untuk tenang kan fikiran dan mula semula dengan strategi yang berlainan.
Lirik Lagu InsyaAllah benar - benar menenangkan diri saya. Tatapan untuk semua.
Insya Allah Album : Munsyid : Maher Zain http://liriknasyid.com
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way
Ingin Cikgu berkongi sedikit pandangan cikgu mengenai side income atau pendapatan sambilan yang baik.
1. Carilah pendapatan yang penat sekali tapi dapat berulang - ulang kali. Maksud cikgu suatu perniagaan atau pekerjaan yang dibuat sekali atau dikeluarkan modal sekali tetapi dapat keuntungan ( biar sedikit ) tetapi berkali - kali.
Sebagai contoh :
Perniagaan insuran. Bukan mudah untuk seorang wakil insuran mendapat pelanggan kerana ia perlu meyakin pelanggan. Namun apabila beliau mendapat seorang pelanggan maka beliau boleh mendapatkan pendapatan dari orang yang sama selama beberapa tahun. Akan tetapi..diingatkan seorang wakil insuran haruslah memikul tugas beliau dengan begitu tanggungjawab, sentiasa bersedia memberi khidmat pada saat diperlukan pelanggan bukan dapat duit terus cabut lari.
2. Carilah pendapatan yang tidak mengambil masa yang lama anda. Ingat anda sudah menghabiskan 8 jam di pejabat. Balik rumah janganlah pula menerima kerja/tempahan jahit menjahit baju kecuali jika memang suatu hari anda berniat untuk berhenti dan terus berniaga. Kalau MLM satu malam anda fokus 1 pelanggan ( dalam 1 jam penerangan ) tidak mengapa.
3. Carilah pendapatan yang anda boleh lakukan serentak ketika anda membuat suatu kerja lain. Sebagai contoh kerja anda adalah membawa bas dari UTARA ke SELATAN. jika memang ruangan barang bas selalu kosong, anda boleh memberi perkhidmatan penghantaran barang - barang dari Utara ke Selatan. Mungkin barangan yang agak kecil.
4. Carilah pendapatan yang menjurus kepada hobi anda atau kesukaan anda. Jika di tempat kerja pun anda muncung dengan kerja anda, apa lagi harus menambah 2/3 jam membuat perkerjaan / perniagaan lain yang juga anda bosan. Buat sesuatu pekerjaan dan perniagaan sambilan yang merupakan hobi anda seperti menjual binatang peliharaan secara online. Jika tidak anda akan membuat kerja sambilan secara hangat - hangat tahi ayam.
5. Cari perniagaan atau pendapatan yang anda boleh menambah ejen dibawah anda Ini macam sesuai bagi MLM nih..bukan itu sahaja perniagaan trading biasa pun boleh. Cikgu pun melakukan begitu..untung sikit tapi berkembang biak. Lebih baik kalau pernigaan yang anda lakukan boleh berterusan dan tidak tepu
Eu Jin, seorang blogger dan usahawan yang meminati kereta. Beliau begitu puas apabila mendapat kereta kesayangan beliau ER34 setelah mengimpikannya selama 10 tahun. Eu Jin menjual pelbagai spare part kereta hanya melalui internet dari body kereta, kipas enjin dan sebagainya. Ini menunjukkan tidak ada yang tidak mungkin tidak boleh dijual melalui internet. Di suatu laman jualan lelong yang terkenal, pernah urusan jual beli kapal terbang di lakukan.
Melalui pembacaan Cikgu pada blog beliau dan melalui penerangan yang diberikan mengenai bahagian - bahagian kereta menunjukkan beliau memang pakar di dalam automotif. Cikgu yakin ramai peminat kereta di luar akan tertarik dengan produk yang dijual oleh Eu Jin kerana mungkin tidak semua assesori kereta yang di jual beliau ada dijual dibengkel - bengkel biasa.