My lovely friends

Tuesday, May 26, 2009 at 11:20 PM | 1 comments  
Sebelum ini saya ada membuka thread mengenai makanan basah vs makanan kering untuk dijadikan side income bagi ibu – ibu. saya ingin melanjutkan perbincangan mengenai jualan makanan basah. makanan basah boleh dijadikan side income bagi ibu – ibu bekerja. saya terbaca beberapa org yg menjalankan perniagaan ini dan saya masukkan dua jenis yang saya anggap unik supaya menjadi motivasi kepada orang lain tapi janganlah ikut berniaga makanan yang sama, seperti sikap sesetengah org kita, org nak tanam cendawan beribu org ikut nak tanam cendawan, akhirnya harga pun jatuh. Kena kreative dan fikirlah makanan lain. Ada dua makanan yang dijual di WanitaMelayu yang menarik perhatian saya.

1. Menjual rendang tok dan rendang minang .
menarik, menjual makanan tradisi yang terkenal, yg mana penyediaannya agak leceh kepada org ramai. perniagaan jualan tanpa premis ini dijalankan oleh Nor Sapphira baharuddin (kiri) dan Nor Alma. Di bawah petikan dari utusan mengenai perniagaan mereka.







2. Kicap char kuetiaw
Selalu kita akan nampak kicap manis, kicap pekat di rak - rak pasaraya tapi mana ada kicap char kuetiaw ( kalau jenama org cina tak taulah ). Puan Fidah ( dari wanitamelayu ) mengambil initiatif menjual homemade kicap Kicap char kuetiaw. Kalau kita pegi pasar malam, org yang jual Kicap char kuetiaw masukkan kicap yang sudah dicampurkan cili dan sebagainya sebelum mengorengnya. Mana nak sama dengan kuew tiau yang kita goreng sendiri kat rumah. Dengan ada kicap ini tak payahlah susah – susah nak pegi pasar malam.



Posted by Cikgu Murni