My lovely friends

Diberhentikan kerja disebabkan ekonomi meleset atau sebab – sebab lain amatlah berat. Perasaan terkejut, terduduk memikirkan bagaimana hidup yang akan dihadapi seterusnya. Bayangkan bertahun – tahun bekerja, setia pada satu kerja sahaja dan selesa dengan keadaan hidup sekarang tiba – tiba tup – tup kena berhenti kerja. Lebih parah lagi apabila yang bekerja seorang sahaja manakala si isteri suri rumah. Mungkin ada yg bertanya cakap bolehlah kalau tak rasa. Ehem ehem saya pernah mengalaminya. Sekadar melontarkan pandangan mana tahu boleh digunakan. Antara yang boleh anda lakukan :

1. Terima kenyataan. Ia bukanlah petanda hari nak kiamat. Terima dengan tenang.
Tarik nafas panjang – panjang dan istigfar banyak – banyak. Jangan asyik menyalahkan diri sendiri. Tanamkan di dalam hati Semua manusia pasti diuji Allah dan iniilah ujian untuk anda. Banyak memohon pada Allah untuk dilapangkan hati, ditetapkan pendirian, dikuatkan semangat dan dipermudahkan jalan. Bertenang, bertenang, bertenang. Kalu tidak bertenang x anda tidak dapat berfikir bagaimana untuk mengharungi hidup seterusnya.

2. Terangkan dengan isteri dan anak – anak yang cara hidup perlu diubah sedikit sementara mendapat kerja yang baru. Adjust budget keluarga. Kalau dulu asyik makan luar, sekarang semuanya makan dirumah. Bawa bekal anak – anak.

3. Perhatikan belanja rumah yang mana contribute paling banyak - minyak kereta, talifon, kredit kad, bil elektrik – potong atau kurangkan mana yang patut.

4. Rujuklah badan – badan kerajaan seperti kementerian sumber manusia dan sebagainya. Mana tahu ada cara yang boleh membantu. Mungkin ada skim – skim usahawan menganggur.

5. Kalau dulu anda seorang Manager, rendahkan diri anda dan Carilah kerja –kerja
sementara untuk menampung keluarga.

6. Mungkin ada peluang – peluang perniagaan kecil sementara yang boleh anda buat sementara waktu seperti menjual burger, jual buah di sekolah, jual insuran. Ajak isteri sama – sama membantu.

7. Naik taraf kemahiran anda. Jika anda ada kekurangan, mungkin anda boleh mengambil kursus – kursus untuk memperbaiki diri anda.

8. Servey kat internet. Banyak yang membuat perniagaan menggunakan internet. Mana tahu anda boleh gunakan skill anda untuk perkara yang sama.

9. Jangan berhenti cari kerja baru. Jika anda di sektor perkilangan mana tahu ada rezeki anda di sektor pertanian.

10. Isteri jgn merungut. Banyak bersabar.
Posted by Cikgu Murni
Tuesday, January 20, 2009 at 8:04 PM | 1 comments  
Hari ini saya berjumpa dengan pelajar yang hendak menangguhkan pelajaran sementara
Kerana mencari kerja untuk menampung pengajiannya. Ini disebabkan keputusan semester lepas yang tak berapa ’ cantik ’. maka loan pun tak dapat untuk sem seterusnya . Kesian ada, marah pun ada. Marah bukan apa sebb pasal kenapaah tak belajor sungguh2.

Terbaca lak kat surat khabor baru2 ni dalam tahun Baru Cina ni dalam 45 000 dianggarkan diberhentikan kerja.. Entah brapa lama lak ekonomi nak naik. Kita suami isteri yang keja pun tak cukup apa lagi kalu ’ tiang ’ keluarga yang tak kerja.
Posted by Cikgu Murni
Wednesday, January 14, 2009 at 1:01 AM | 0 comments  
Sabtu...

Malam semakin kelam tetapi di suatu sudut, semakin ramai yang berpusu - pusu di Downtown Cheras. Sedang saya memerhatikan gerai - gerai yang semakin rancak, terpandang saya sepasang suami isteri yang masih muda. Tanya punya tanya saya dapati mereka ini SIANG kerja, malam berniaga..hebat dan kagum saya dengan semangat yg dimilik. Harus dicontohi cuma kena dapat tips camner nak bukak mata dari siang ke malam...Kesimpulan, mencari sideincome atau mencari duit sambilan bukan suatu yang mustahil dengan semangat yg tinggi
Posted by Cikgu Murni
Tuesday, January 6, 2009 at 10:29 PM | 3 comments  
Salam ,

Pernah tak anda merasakan seperti dibawah :

1. Ingin merampingkan bdan yg kian melebar selepas bersalinkan anak nombor 5 di pusat kecantikan tetapi disebabkan kos yg mahal, anda hanya mampu memendam rasa dan mengawal pemakanan anda dan mendapati hasil gigih anda selama 2 bulan anda dapat mengurangkan berat anda 1 kg sahaja.

2. Mengharap bonus sebulan pada hujung tahun untuk berbelanja sakan tapi rupanya duit tersebut akan digunakan untuk persekolahan anak2 pada awal tahun dan untuk balik kekampung pada hari raya haji.

3. Minat berniaga tapi takut berhenti kerja sebab banyak hutang yang perlu di bayar.

4. Sengkang perbelanjaan, budget mana – mana yang patut tapi tak cukup juga hujung bulan.

Ini indicator menunjukkan kita memerlukan side income. Begitu juga saya. Tujuan blog ini adalah untuk share pengalaman masing – masing bagaimana mencari duit tambahan samilan atau duit sampingan. Walaupun bukan tanggungjawab kita untuk mencari duit tambahan atau side income tetapi demi keluarga kita sanggup berbuat demikian tapi Cuma masalahnya HOW ?
Posted by Cikgu Murni



Testing 123.....

Sape2 yang expert please help.....

TQ =)



Posted by Cikgu Murni
Salam Keamanan....
Posted by Cikgu Murni