My lovely friends

Friday, February 27, 2009 at 3:00 AM | 0 comments  
Lyana, anak ke 7 dr 9 orang adik beradik. Masih belajar di sebuah universiti. Apa yang menarik beliau adalah kerana walaupun masih bergelar mahasiswi, beliau dapat menjana pendapatan sampingan atau side income dengan menghasilkan dan menjual produknya sendiri.



Anak kepada pesara Felda ini menghasilkan beg, bekas pensil dan perhiasan menggunakan lebihan potongan seluar jeans yang ternama. Pada asalnya perniagaan ini timbul dari minatanya dalam menjahit bag dan assessori.




Sambutan rakan – rakan satu universiti menambahkan lagi minat beliau untuk berniaga. Lyana bukan sahaja menjual produknya di Malaysia malahan ke luar negara melalui blognya iaitu http://terompahsurau.blogspot.com/




Pesan Lyana bagi yang ingin mencari side income, ikhlas dengan diri dan carilah
Pekara yang kita minat dan buatlah sepenuh hati. Walau banyak rintangan,,just move forward.

Jadi ibu – ibu yang ingin mencari side income kuatkan tekad dan teruskan usaha murni anda……………..terima kasih Lyana
Posted by Cikgu Murni
Perkataan UNIK, KREATIF , NICHE, BOOMBASTIC IDEA dengan perniagaan tidak dapat dipisahkan. Lihat sahaja di gambar di bawah…. dengan kreatifnya si pemakai cuba menarik perhatian orang ramai dengan pakaiannya. Kalau beliau jual telurlah di Malaysia nescaya habis telur yang dijualnya.





Begitu juga dengan perniagaan. Perniagaan CENDOL LEMAN DAWI amat popular di Seremban, Negeri Sembilan. Cubalah anda kunjungi kedai cendol ini. Anda tentu setuju dengan saya betapa kreatifnya Pak cik Leman mempromosikan perniagaannya. Beli satu boleh tambah cendol sampai puas. Bukan itu sahaja…Pak cik Leman akan menyambut anda dengan celotehnya yang tak putus – putus. Pak Cik Leman akan bercerita mengenai cuaca, keadaan negeri, sejarah dan sebagainya mengenai Negeri Sembilan.




Kisah kedua..Goreng pisang Pontianak. Tengok je papan tanda ni orang akan tertanya..goreng pisang tu putih macam pontianak ke ? Datang dari pontianak ke ?..Goreng pisang ni sebenarnya bersalut coklat dan sebagainya..Hemmm boleh cuba. Suatu makanan yang unik dan baru.

Jadi..tanyalah perniagaan anda bagaimana ?


Posted by Cikgu Murni
Wednesday, February 25, 2009 at 3:00 AM | 0 comments  
SORRY...BLOG INI SEDANG DALAM MAINTENANCE LAGI
Posted by Cikgu Murni



Maid …maid ..adakah mereka menyelesaikan masalah anda atau menambahkan masalah ??

Sering saya mendengar orang mengeluh kerana maid mereka…ada yang lari, x reti itu dan ini tetapi ada juga yang mempunyai maid yang boleh diharap, setia bertahun – tahun kerja.

Apapun peranan maid amat penting walaupun mereka ini hanya menjaga anak – anak anda. Jika tidak ada maid, balik kerja kena kemas rumah, siapkan baju sekolah anak, mop sana mop sini dah pukul 10 malam. Sudah lama seharian di pejabat. Nak buat side income lagi….silap – silap pukul 8 malam depan tv anda dah terlentok kat sofa. Jadi, siapa yang ada maid yang baik jagalah kebajikan mereka kerana bukan senang nak cari maid yang benar – benar ikhlas membantu anda.

Walaubagaimanapun, jangan semua serah bulat – bulat pada maid. Ingat ! menjaga anak – anak sekaligus sebenarnya mendidik anak anda secara tidak langsung. Jika maid anda suka makan tempe, lama kelamaan anak anda pun suka makan tempe.( saya pernah lihat anak – anak yang pandai cakap Thai sebab maidnya asal dr Thai. Kita perlu tahu mana kerja maid dan mana tugas kita sebagai ibu dan isteri..) dan anak – anak juga perlu diberi tugas agar mereka lebih berdikari ( jangan biar mereka merasakan mereka bos )

Bagaimana pengalaman anda mempunyai maid ?
TAHU BAGAIMANA MEMILIH MAID YANG BAIK..beri komen anda untuk dikongsi bersama
Posted by Cikgu Murni
Thursday, February 19, 2009 at 11:58 PM | 1 comments  



Sekarang tengah buat ebook pertama saya iaitu 8 perniagaan yang boleh diceburi oleh ibu-ibu yang bekerja. Ia adalah hasil pemerhatian saya serta pembacaan saya. Ia baik bagi mereka yang baru mengenal internet sebagai medium pemasaran perniagaan yang sekarang sedang rancak berkembang..harganya ..ITs FREE FOR EVERYBODY
Posted by Cikgu Murni




Kelantan….Setahun Saya Duduk Di Kelantan Tu Pon Tahun 1993.
Pasar Ct Khadijah Menjadi Satu Mercu Tanda Dikelantan Yang Mesti Dilawati. Melihat Kebanyakan Yang Berniaga Adalah Makcik – Makcik ( Atau Mok Cik ) Teringat Saya Pasar Bawah Di Bukit Tinggi Indonesia. Orang Kelantan Dan Orang Minang Di Indonesia Mempunyai Persamaan. Berniaga Atau Mengaleh ( Dalam Bahasa Minangkabau )…Adalah Menjadi Salah Satu Cabang Pendapatan Yang Aktif Dijalankan Di Kedua – Dua ‘ Bangsa ‘ Ini. Persmaaan Lain Antara Kedua –Dua Masyarakat Ini Adalah Apabila Berjumpa Rakan – Rakan Dari Negeri Yang Sama Mereka Pasti Akan Berkata ‘ Ore Kito ‘ Atau ‘ Orang Awak’, Maka Sifat Tolong Menolong Atau Persaudaraan Menjadi Lebih Akrab. Malah Di Malaysia Gologan Yang Berbangsa Melayu Berniaga Rata – Ratanya Juga Orang Kelantan. Apakah Falsafah Yang Dibawa Oleh Masyarakat Ini Dan Diturunkan Kepada Anak Cucu Mereka…Suatu Yang Harus Dicontohi.
Posted by Cikgu Murni
Apa kebenarannya ?

Jika anda ingin menjadi seorang peguam, anda Perlu belajar, masuk universiti
Untuk beberapa tahun anda bergelumang dengan buku, menjalankan latihan amali untuk mencapai cita – cita anda. Dan jadilah seorang peguam. Untuk menjadi peguam yang bagaimana, terpulang pada anda yang menentukan.

Begitu juga apabila mencari pendapatan sambilan atau side income. Nak tak nak mesti cari new knowledge or new skill untuk tambah kewangan unless memang dah line anda selari dengan bidang yang belajar sebelum ini.

Bagi yang dah rasa dah ‘ senior ‘ atau dah berumur sikit tidak salah mencari ilmu walaupun anda rasa ilmu itu tidak sesuai dengan ‘ ijazah ‘ anda tapi dalam islam mencari rezeki asalkan halal. Tidak salah juga menimba ilmu dengan ‘adik – adik ‘ jika mereka ahli dibidang yang ‘ baru ‘ bagi anda.

Tidak semua ilmu tu free…Kekadang nak cari ilmu ni kena kuar duit skit pergi kursus. Jangan nak free sahaja. Bila berbayar, ilmu yang diajar lebih detail dan updated.

Apa pendapat anda ?
Posted by Cikgu Murni
Saturday, February 14, 2009 at 1:44 AM | 2 comments  

Salam keamanan untuk semua,

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kerjaya saya. Namanya almaklum cikgu. Memberi ilmu kepada anak - anak bangsa. Saya bersyukur kerana ia suatu kerja yang mulia. Namun...ada yang tidak cukup di situ. Saya tidak merasa puas kerana kerja saya. Something missing. Ape yek ??..I wish someday i could be a business lady. Jangan gelak, begitulah angan - angannya Tadi pagi tengah membelek - belek suratkhabar lama,ternampak kisah mengenai Tony fernandez.. alah orang besar Air Asia. Saya sungguh kagum dari seorang berlatar belakang muzik terus menerajui perniagaan kapal terbang.( tak ada kena mengena muzik dan kapal terbang) Itu lah yang dikatakan 'Hendak seribu cara, tak hendak seribu helahnya'.
Posted by Cikgu Murni
Salam..

Still looking for ' the right side income ' for u ? Nak jual tudung dah melambak org jual tudung.
Nak masuk mlm tak reti nak pujuk2 org masuk downline kiter. Same as me. Still couln't find the
right passive income the suits me. Still wandering in the internet. Hei if u or mu or hangpa have great ideas why don' t u share with me. send me an email about how i could generate pasive income
and if it is great I will share with others...
Posted by Cikgu Murni