My lovely friends






foto : kredit kepada masihbaik bundle


Hari ini cikgu balik kerja agak lewat mlm, banyak kerja kat ofis namun sempat juga cikgu menyelak satu dua blog orang lain. cikgu terjumpa laman blog jualan anak – anak muda lelaki iaitu jualan BUNDLE. Jualan barangan Bundle di Negara kita adalah jualan barangan 2nd hand atau terpakai. Kebanyakannya bila sebut BUNDLE, produk di dalam fikiran adalah baju, tshirt, seluar, kasut dan sebagainya. Kebanyakan pembeli sanggup membeli barangan bundle kerana : produk tersebut murah, susah hendak di cari dan asli.

Dahulu tidak ramai yang menceburi perniagaan barangan bundle, mungkin masih ramai pengguna ketika itu memandangnya sebagai barangan yang ‘cepisan’ namun sekarang tidak lagi kerana kalau pandai memilih, qualiti produk masih berkeadaan tip top. Bagai suatu pengkususan pula, apabila yang berniaga itu perempuan maka produk perniagaan yang dijual adalah makanan, pakaian wanita, peralatan dan pakaian anak – anak manakala kalau yang menjual lelaki maka produk perniagaan BUNDLE, gajet seperti telifon bimbit dan sebagainya.

Namun seharusnya sebagai orang yang bergelar usahawan, wanita seharusnya melihat ini sebagai peluang perniagaan yang besar. Cuma mugkin produk yang di jual harus juga dipilih – pilih supaya tidak terjual pakaian yang memaparkan gambar yang salah di sisi agama dan moral. Yang bestnya, selain daripada di jual diblog dan web, ia juga boleh dijual di pasar malam, car booth sale dan ia selalu mencuri mata pengujung yang datang ke situ.

Begitu juga second hand. Cuma produk perniagaan second hand di Malaysia lebih meluas dan kedai – kedai second hand tumbuh bagai cendawan.

Yuk kita tengok apa yang dijual oleh blog perniagaan BUNDLE dan SECOND HAND



1. Masihbaik – perniagaan menjual barangan bundle untuk luaran atau outdoor seperti baju, beg galas dan sebagainya.

Rujukan : http://masihbaik.blogspot.com/


foto : kredit kepada one_rombengan bundle

2. one-rombengan
Produk perniagaan blog ini adalah kemeja T dan seluar berjenama dan ‘ funky ‘


Rujukan : http://www.one-rombengan.blogspot.com/




foto : kredit kepada aisyaimya
3. aisyaimya
Blog ini menjual barangan terpakai dari England ( Mungkin pemilik blog ini berada di England ketika ini ). Produk yang dijual mainan, pakaian yang terpakai.
http://aisyaimya.blogspot.com/
Posted by Cikgu Murni



Ketakutan bersifat peribadi. Hal ini mempengaruhi orang dalam cara yang berbeza dan pada waktu yang tak terduga. Ada yang takut memulakan perniagaan tanpa berfikir panjang. Anda sendiri tahu ketakutan anda. Cara membuang ketakutan itu adalah.

1. Cari kekuatan unik anda. Melihat ke dalam diri sendiri, dan mengambil persediaan dari apa yang unik tentang anda dan perniagaan anda. Itu asas anda akan membangun, dan akan memberikan hasil yang tak terduga.

Nina Yang, pengasas 32 tahun dari Double Edge Entertainment di Sherman Oaks, California, telah mimpi: untuk mencipta gaya baru filem dengan persimpangan budaya Asia dan Amerika dan genre. Dia tahu cara melihat peluang dan apa yang diperlukan untuk membuat mereka nyata. Tapi sebelum memulakan perniagaan, dia takut persaingan. Dia mulai menghilangkan perasaan takut ketakutan itu dengan menciptakan sebuah pasukan yang boleh memboleh memberi nya sokongan dan berkongsi idea. Dia sekarang mempunyai pejabat pengeluaran sendiri dan kakitangan, pelanggan di China dan Amerika Syarikat dengan jualan sebanyak $ 2 juta.



2. Tegaskan kembali kemampuan anda dan kuatkan keyakinan anda pada diri anda sendiri.

Kita perlu untuk melihat keyakinan tercermin dalam sesuatu yang nyata. Daptkan maklum balas daripada orang-orang yang anda percaya boleh membantu anda menukar rasa takut menjadi tenaga untuk bergerak maju di dalam rancangan perniagaannya.Dia tahu dia boleh menawarkan khidmat pelanggan yang unik dan menghasilkan wang. Apabila memulakan perniagaan dengan sahabatnya, dia merasakan menjalankan perniagaan adalah lebih menakutkan dari hanya menulis mengenainya. Anak dan isteri adalah dibawah tanggunggannya. Memikirkan ‘kalau itu dan ini terjadi ‘menjadikan pemikirannya terencat untuk bergerak. Beliau membuang perasaan takut itu dengan berkongsi fikiran dan rancangan dengan orang-orang yang mengenalinya dengan baik. Ia menukar ketakutan kepada suatu yang mengerakkannya lebih cergas ke hadapan. Hari ini, Myer dan Mazur mempunyai jualan lebih dari $ 16 juta, dan mereka masih terus berkembang. Myer berkata, "Apabila anda mendorong diri sendiri mengatasi ketakutan untuk memulakan perniagaan, ia tidak akan takut memulakannya lagi, ia tidak akan datang lagi"

3. Bicara positif dan meminta bantuan. Semua ketakutan walaupun kecil akan bertukar menjadi besar apabila kita sendiri menghadapinya. Belajarlah untuk menterjemahkan rasa takut anda ke tujuan tertentu, dan kemudian meminta orang lain untuk mendapatkan bantuan yang sedia bagi anda. Jangan selalu berkata "Saya tidak yakin pelanggan akan datang," , tukar dan katalah "Aku tahu ada pelanggan untuk produk saya Bagaimana cara menarik mereka?." Kenyataan mudah ini membolehkan anda mendapat sokongan dan memberi anda peluang untuk menawarkan penyelesaiandan bukan bersimpati dengan ketakutan anda. " Suatu yang amat menakjubkan dimana ramai sebenarnya ingin membantu anda ketika mereka tahu anda memerlukan bantuan. Perlu ada keberanian untuk bertanya," kata David Cardona, 39, seorang pereka fashion top di Los Angeles. "Orang - orang itu masih ingat ketika mereka dalam situasi anda, dan pintu-pintu terbuka luas"

Missy MASTEL, presiden 32 tahun Massa-Tel Communications Inc, sebuah telekomunikasi-audit syarikat perkhidmatan di San Francisco, takut menggaji pekerja pertama .Dia cemas tentang cukai-nya, insurans dan kewajipan risiko. Dia juga bimbang apakah cukup untuk menggaji orang yang tepat. Dia menukar ketakutan belia kepada tindakan. Untuk MASTEL, langkah-langkah kecil mengarah ke tindakan besar. Dia menyewa kontraktor bebas dan perunding yang telah memiliki kepakaran. Mereka mengembangkan sumber dalaman dan proses yang dia perlukan. Kemudian dia mampu menggaji pekerjanya berdasarkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang perniagaan. Penjualanan perniagaannya kini mencapai $ 1.5 juta, "aku membuang rasa takut ku dengan melakukan tugasnya dan dengan itu memaksa ku untuk belajar dan tumbuh."

http://www.entrepreneur.com/magazine/entrepreneur/2003/june/61922-2.html
Posted by Cikgu Murni
Monday, April 26, 2010 at 11:00 AM | 0 comments  





Salam bahagia, hari ini cikgu akan review blog/web pemasaran wanita iaitu Zara zass collection.

http://zarazass.blogspot.com/

Produk jualan : tudung dan kain
Bagi seorang peniaga yang baru menggunakan internet sebagai medium jualan ( kalau tengok post dalam tahun ini juga ). Dari segi warna blog sesuai untuk dijadikan blog jualan, susunan amat memberansangkan. Woow tulisan warna ‘Blink blink’. Diskaun untuk follower ..itu yang wanita suka !. antara magnet utama jualan. Untuk menarik pembaca, Perkataan yang penting di bold dan warna yang berlainan. Produk jualan agak lengkap sebab disertakan saiz, gambar serta harga. Namun mungkin boleh tambah satu laman/page bagaimana prosedure membeli. Mungkin shopping chart, order form atau apa yang sesuai. Cikgu cadangkan kurangkan atau jangan masukkan pengiklanan dahulu , setelah agak lama dan stabil baru dimasukkan. Juga mungkin boleh papar gambar dan nama sebenar pada profil supaya lebih pembeli lebih percaya untuk memasukkan / membayar duit kepada tuan punya blog. Masukkan testimoni pelanggan dengan produk yang dijual. Ini penting kerana bakal pembeli tidak tahu kualiti produk jualan. Dengan testimoni, keyakinan bakal membeli lebih kukuh. Kalau boleh sertakan berapa bayaran pos kerana ada pembeli tertanya – tanya. Tidak pasti samada ia adalah pendapatan sambilan/ side income Zara Zass atau sepenuh masa. Tahniah Zara Zass.
Posted by Cikgu Murni


salam sejahtera, dah sebulan rasanya hilang menyepi. Banyak kerja di offis, tak menang tangan rasanya, asyik balik lewat. Rasa menjerit pun ada. Banyak juga projek ebook dalam kepala ni. Ebook walau tak laju jualan tapi cikgu puas apabila pembaca memberi komen yg baik. Mengapa agak murah ? itu persoalan pembaca ebook cikgu. kerana cikgu mahu sebanyak mungkin orang dapat membeli dan mendapat manfaat daripadanya. (kalau ada yang berminat boleh klik diatas )

komen pembaca ebook cikgu:
http://produk-produkterbaik.blogspot.com/2010/03/sampah-menjadikan-anda-jutawan.html


Next project : juga ebook tapi khusus untuk wanita. Tengah buat ' study '

Cikgu rasa sebelum ini, mereka yang menjadikan internet sebagai mata pencarian samada
tetap atau side income dipelopori oleh lelaki sahaja namun cikgu silap. Nama - nama besar dunia internet di Malaysia bukan sahaja oleh kaum yg sama dengan Irfan Khairi sahaja tetapi orang - orang seperti Luvley, catzer, Lisa Helmi adalah antara wanita - wanita besi IM yang dikenali ramai oleh pengiat di bidang ini.

Luvley atau nama beliau Nurulhayati menyediakan perkhidmatan graphic seperti banner, minisite yang mana pelanggan beliau menjangkau luaran Malaysia. Cheapest-design, itu lah website design beliau yang menaikkan nama beliau di dalam industri teknologi maklumat.

Tidak mustahil untuk mana - mana wanita untuk berjaya asal kuat semangat dan kuat kerja.

Wassalam

Mengenai Luvley :

http://www.syoksyok.com/siapa-luvleey/
Posted by Cikgu Murni