My lovely friends

Perlu ke tidak menunjukkan muka dan nama sebenar di dalam blog perniagaan anda ?

Ramai yg menyorokkan muka mereka, menggunakan muka org lain dan menggunakan nama samaran.

Antara sebab mengapa berbuat demikian :
1. Segan ( segan kawan – kawan tahu )
2. Takut ( mungkin anda membicarakan hal politik, membangkang sesuatu atau takut bos anda tahu )
3. Memang anda seorang pemalu.

Jika anda menulis blog sekadar suka – suka tidak mengapa tetapi amat Penting anda memaparkan rupa dan nama anda sebenar jika anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran anda. Nama adalah brand anda. Contoh : Irfan Khairi. Perhatikan blog beliau yang memaparkan gambar beliau yang penuh keyakinan.



Keyakinan pelanggan terhadap barang yang anda jual juga bertambah. Selain testimoni pelanggan ia amat membantu dalam meningkatkan pemasaran. Jangan terkejut !. Ada juga yang ingin kagum dan ingin mengenali anda
Posted by Cikgu Murni

foto sekadar hiasan : http://www.lifeplusvitamins.com

Sedang sibuk menanda soalan peperiksa pelajar, saya berhenti sebentar untuk menulis isu ini.

MLM atau multilevel marketing adalah begitu sinonim dengan kita. Ada yang ‘ alergi ‘
dengan mereka yang menjalankan perniagaan ini. Belum habis kawan bercerita dah cakap
tak pelah. Ramai yang menjadikan mlm sebagai side income. Ia bersifat rangkaian yang mana boleh berkembang dengan lebih cepat dan juga sesuai untuk side income. Pada pendapat saya,dengar dahulu apa barang atau perkhidmataan yang dijual sebelum tolak bulat2. Ada produk yang baik dan ada yang setakat nak memancing ahli. Namun saya risau dengan scenario kini yang mana ahlinya perlu membeli dengan kuantiti yang banyak, cari ahli untuk mendapat untung yang banyak dan perlu modal yang besar. Sebagai seorang islam perlu kita meneliti mengenai mlm bagaimana yang kita buat agar apa yang disuapkan pada anak2 bersih dan berkat bukan setakat mengikut dan mendengar.


Beberapa pandangan dr website untuk tatapan ibu2 di ruang siber ini :

1. harakahdaily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999

Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.
Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.
MLM dari sudut positif
Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya. MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.

Faktor-faktor haram
Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:
1. Perjudian
Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.
2. Riba
Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.

'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.
Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.

Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.
Anda boleh juga menyusuri laman web ustaz Zaharuddin

2. http://www.zaharuddin.net/content/view/222/100/
Posted by Cikgu Murni
Thursday, November 5, 2009 at 7:57 PM | 5 comments  
Sedang saya menonton rancangan Dr Fadhilah Kamsah, saya tertarik dengan isu IBU TUNGGAL. Beliau dengan tetamu beliau ( maaf lupa nama tersebut, wanita seorang prof). Antara kata – kata Tetamu beliau yang tertarik adalah : Terimalah hakikat menjadi ibu tunggal dengan rasa besar hati, jangan rasa rendah diri. Allah menguji hambaNya sebb Dia tahu hambaNya mampu dengan ujian tersebut. Jangan rasa rendah diri, atau berkata dalam hati ” kenapa Allah berbuat demikian padaku yang hakikatnya akan merosakkan hati. Lebih baik jadi ibu tunggal daripada ibu tunggul. Ibu tunggul adalah yang berkahwin tapi isteri buat semua termasuk mencari nafkah ( lebih makan hati ).

Masyarakat harus juga menyokong dan membantu ibu tunggal. Sebagai contoh jika perlu carikan bantuan agar anak – anaknya dapat belajar dengan baik dan sebagainya. Begitulah serba sedikit yang saya ingat. Menurut Dr Fadhilah ada 20 orang yang syaitan tidak suka dimana yang ke 19 adalah seorang lelaki yang membantu ibu tunggal. Mulia sebenarnya membantu ibu tunggal nih. Kita masyarakat masih ramai yang memandang serong ibu tunggal atau janda. Takut suami kena rampaslah. Yang herannya perempuan juga yang mengumpat perempuan.

Wahai yang bergelar ibu tunggal, jgnlah rendah diri, perkemaskan diri mu menghadapi hari2 yg akan berlalu. Ramai yang berjaya dan yakinlah kau terpilih kerana kamu mampu. Selamat berjaya
Posted by Cikgu Murni