My lovely friends

Thursday, November 5, 2009 at 7:57 PM |  
Sedang saya menonton rancangan Dr Fadhilah Kamsah, saya tertarik dengan isu IBU TUNGGAL. Beliau dengan tetamu beliau ( maaf lupa nama tersebut, wanita seorang prof). Antara kata – kata Tetamu beliau yang tertarik adalah : Terimalah hakikat menjadi ibu tunggal dengan rasa besar hati, jangan rasa rendah diri. Allah menguji hambaNya sebb Dia tahu hambaNya mampu dengan ujian tersebut. Jangan rasa rendah diri, atau berkata dalam hati ” kenapa Allah berbuat demikian padaku yang hakikatnya akan merosakkan hati. Lebih baik jadi ibu tunggal daripada ibu tunggul. Ibu tunggul adalah yang berkahwin tapi isteri buat semua termasuk mencari nafkah ( lebih makan hati ).

Masyarakat harus juga menyokong dan membantu ibu tunggal. Sebagai contoh jika perlu carikan bantuan agar anak – anaknya dapat belajar dengan baik dan sebagainya. Begitulah serba sedikit yang saya ingat. Menurut Dr Fadhilah ada 20 orang yang syaitan tidak suka dimana yang ke 19 adalah seorang lelaki yang membantu ibu tunggal. Mulia sebenarnya membantu ibu tunggal nih. Kita masyarakat masih ramai yang memandang serong ibu tunggal atau janda. Takut suami kena rampaslah. Yang herannya perempuan juga yang mengumpat perempuan.

Wahai yang bergelar ibu tunggal, jgnlah rendah diri, perkemaskan diri mu menghadapi hari2 yg akan berlalu. Ramai yang berjaya dan yakinlah kau terpilih kerana kamu mampu. Selamat berjaya
Posted by Cikgu Murni

5 comments:

Anonymous said...

Menyentuh perasaan..

November 9, 2009 at 11:40 PM  
Anonymous said...

Bersabalah wahai ibu tunggal...
Bersabarlah wahai ibu tunggul..

November 11, 2009 at 9:49 PM  
Hidayahamin said...

Assalammualaikum... memang benar dan terima kasih, saya juga adalah salah seorang ibu tunggal... adalah diharapkan orang ramai tindak memandang serong dan hina kepada golongan kami....

November 15, 2009 at 12:48 AM  
Cikgu Murni said...

semoga saudari tabah

November 15, 2009 at 1:01 AM  
Anonymous said...

Saya diantara pengikut blog cikgu yang agak setia, saya sedang menunggu article yang baru dari Cikgu... pendek pun tak apa...

February 4, 2010 at 4:59 PM