Seorang bergelar 'guru' mendalami bidang Teknikal ( Kejuruteraan Elektrik ). Sideincome ibu di paparkan untuk melihat bagaimana seseorang terutama wanita boleh menjana pendapatan sambilan. Bagi Cikgu Pendapatan sambilan pada asalnya hanya membantu menambah serba sedikit kekurangan namun ia boleh bertukar menjadi sumber pendapatan utama jika diusahakan dengan kesungguhan.
Bagi Cikgu selagi hidup seseorang itu perlu mencari ilmu tidak semestinya di bidang kerja malahan minat atau hobi. Ilmu begitu luas, satu cabang yang kita masuk, kita akan bertemu cabang yang lain. Umur juga tidak menentukan seseorang itu lebih baik ilmunya dari yang lain. Begitulah Cikgu juga belajar dari anak murid cikgu yang mahir di dalam suatu perkara. Anyway I love my students...
Cikgu suka bersukan, tua-tua pun rasa macam wakil negara lak
Dibesarkan dan didedahkan oleh ibubapa yang berniaga sejak awal lagi menjadikan Cikgu minat bidang entrepreneur walaupun tidak terjun terus dibidang ini. Minat tulisan-tulisan bertemakan entrepreneur juga menjadikan Cikgu mula menulis walaupun Cikgu tidak pandai bermain bahasa ( Orang teknikal menulis kepada mengikut kajian mengapa, apa dan dimana ). Cikgu menulis bersandarkan pengalaman sendiri, pembacaan, kajian Cikgu serta menghubungi secara langsung dan tidak langsung individu berkaitan untuk memastikan tulisan beliau lebih baik dan berkualiti.
Selamat Maju jaya.