My lovely friends



Kekadang kita merasa benci, bosan dengan kerja kita. Kalau sesekali tak mengapa tapi kalau selalu diucapkan pasti ada yg tidak kena. Pendapat saya ( juga bagi ingatan diri saya )

Kenalpasti kenapa atau mengapa ?

Contoh :

1. Bos yang cerewet
2. Politik pejabat
3. Bonus tak ada atau kenaikan kecil
4. Bosan melayan karenah pelanggan ( Rutin harian )
5. Ada Lelaki mengatal dengan anda di pejabat.

Ada tiga plihan samada :

1. hiduplah sebegitu sehingga anda pencen atau meninggal,
2 : Selesaikan masalah anda
3 : Berhenti kerja , cari kerja lain

Renungan :

Org yang cerdik akan menukar masalah kepada suatu penyelesaian tapi org yang bodoh akan menambah kusutkan masalah yang ada.

Ubah / Baiki :

1. Kenalpasti KPI , ada target syarikat : Contoh kalau target nak dapatkan RM pastikan rancangan anda kepada naikkan RM syarikat
3. Ubah cara kerja yang ada supaya lebih baik. Contoh anda ubah proses yang merumitkan anda dan pelanggan ( banyak prosedur ).
4. Fahami politik pejabat supaya anda tidak tersepit.
5. Jika terlalu lama disuatu bahagian boleh minta pada bos tukar di bahagian lain. Jika terlalu lama melakukan rutin yang sama nanti jadi kurang kreatif. Ambil cabaran melakukan tugas baru ( saya sendiri kalau mengajar subjek yg sama terlalu lama menjadi bosan )


Tambah Nilai :

1. Tambah ilmu yang boleh menaik taraf diri anda ( seperti kursus bahasa Inggeris, bekerja sambil belajar dan sebagainya ) dan jika anda berminat dibidang lain cari ilmu tamabahan dibidang berikut.
2. Tukar ketrampilan ( yg ni saya pun kena improve ). Mengikut pembacaan, pakaian, komuniksai, penampilan pun ada faktor untuk kenaikan pangkat.

Tambah aktiviti lain :
1. Sukan
2. Perniagaan sambilan.
3. Bina network persahabatan yang baru.
Posted by Cikgu Murni
Suatu ilmu yang saya dapat ketika menghadiri kursus Puan Ainon iaitu antara minat dan bakat. Ini diantara ilmu yang puan Ainon berikan.

Seringkali kita tidak dapat membahagikan yang mana bakat dan minat. Kita biasa mendengar bakat boleh diasah jika minat namun kebenarannya tidak semua begitu. Contoh : ramai ingin menjadi seorang penyanyi namun bakat penyanyi tidak ada padanya ( suara sumbang, pitch lari jauh dsb ). Saya ingin menambah yang bukan hanya bakat dan minat, namum kemampuan juga perlu diambil kira. Contoh : jika kita ingin menjadi seorang jurutera namun bila masuk bab matematik , kita mengambil masa yang lama utk memahami dan menyelesaikannya. Begitu diri kita, ada di antara kita sampai sekarang pun tidak tahu apakah bakat yang sebenar. Saya dapat melihat ini pada anak murid saya. Sesentengahnya pandai bercakap, presentation excellent tapi bab buat kerja teknikal hampeh. Persoalan : Adakah bidang pendidikan yang kita ambil merupakan bakat kita semulajadi ? Adakah pendidikan kita yang mengubah kita bukan mengikut bakat kita ?. Baik, bagaimana mengenali bakat anda ? Antaranya :

1. Lihat kebolehan apa mak, ayah, pak sedara atau keluarga anda sebb selalunya ia diwarisi ( genetic )

2. Apakah pujian – pujian yang anda terima ketika anda sekolah ?

3. Apakah peraduan masa dulu2 yang kita menang ?
Posted by Cikgu Murni
MENCARI NICHE ANDA

Semalam saya pergi kursus menulis PTS untuk memperbaiki diri saya dibidang penulisan. Disana saya berjumpa beberapa org yang sudah mempunyai nama dan niche bidang perniagaan mereka seperti Master Yus sebagai pakar guru tusyen, Zulfadli pakar internet dan penulis muda yang berjaya Zamri Mohamed. Anak – anak muda ini berjaya mencari kebijaksanaan diri disebalik sekeping sijil atau ijazah yang mereka timba di universiti. Saya yakin Zamri Mohamed tidak belajar menulis buku di dalam kelas – kelas yang diajar profesornya. Mereka ini bersemangat dan berani. Terasa kecil diri kerana walaupun dari segi pendidikan rasanya sama sahaja dengan mereka tetapi masih banyak kekosongan atau bakat yang tidak dapat dikeluarkan. Namun, saya amat yakin, mendung pasti berlalu, ribut akan tenang, laut akan berhenti bergelora. Its never been too late to any of us as long we start with a single step.
Posted by Cikgu Murni
Wednesday, October 21, 2009 at 8:13 PM | 0 comments  
1. Pastikan format ebook yang dibeli. Pdf ke ? mungkin ada tidak ada software untuk membacanya.

2. Cari dalam internet utk ebook yg terbaik . Termasuk mengikuti forum2 yg terdapat di internet serta dapatkan ‘feedback’ dari ahli forum.

3. Baca preview ebook. Dapatkan contoh 1 /2 mukasurat.

4. Jgn tertipu dengan bonus – bonus diberikan walaupun ia suatu kelebihan. Pastikan matlamat anda membeli buku tersebut. Jangan termakan dengan rayuan.

5. Kenali penulis dan kepakarannya. Ia boleh dilihat dari penulisan, keahlian di suatu forum atau feedback org lain mengenai penulis atau sijil atau pengalaman penulis ada.

6. Jangan terlalu tertarik dengan gambar muka depan ebook. Baca testimoni, kalau boleh berinteraksi dengan mereka yang menulis testimoni atau penulis itu sendiri.

7. Memang ada yang percuma tapi ada yg secara asasnya. Banyak juga yang berbayar berkualiti sebab penulis mencerita pengalamannya sendiri dan apa rahsia – rahsia di dalamnya.
Posted by Cikgu Murni
Adakah anda mempunyai suatu kebolehan diperlukan ramai ? Sebagai contoh pada masa ini ramai yang tengah syok ingin belajar membuat manik pada baju, tudung dan sebagainya dan anda merasakan anda memang pandai membuat manik. Apa kata anda tawarkan perkhidmatan mengajar membuat manik pada baju. Ia boleh dijadikan suatu side income bagi mereka yang bekerja.

Anggaran kira - kira

Kursus dijalankan : seminggu sekali ( sabtu sahaja )
Bayaran dikenakan : RM200 seorang ( maksimum 10 orang ) = RM2000
Keuntungan kasar sebulan : RM2000 x 4 = RM8000

Fikirkan suatu kursus yang unik ( yg tidak pernah org buat ) tapi ia dapat menarik minat ramai untuk mengikutinya. Tidak semestinya anda pandai bercakap. Pada kursus2 yang pertama, mungkin anda kekok tetapi lama - kelamaan anda ia menjadi mudah bagi anda. Perlukah anda pakar dibidang tersebut ? Saya rasa tidak, sebagai contoh jahitan manik, jika anda dapat menunjukkan 10 contoh jahitan dan jahitan anda kemas ia sudah memadai. Lagipun kursus sehari, banyak mana yang boleh ditunjukkan. Antara kursus yang pernah orang buat adalah :

1. Kursus jahitan manik
2. Kursus rawatan muka atau kecantikan
3. Kursus membuat coklat
4. Kursus membuat kek lapis
5. Kursus membuat cup cake

Tapi jika anda masih baru, cuba suatu yang lain yang unik seperti:

1. Kursus menghasilkan permainan/kraftangan untuk permainan anak - anak
2. Kursus asas akaun untuk ibu - ibu

Sehingga itu jumpa lagi
Posted by Cikgu Murni
Salam,

Sejak mula blog ini dibuat, cikgu lola cuba menjana pendapatan dari pelbagai
cara. Jual barang, jual makanan kat opis, jual pasar ramadhan. Jual lembu ( atau mantai ..ehh ada masalah hari tu tak jadi jual). Cari kat internet pastu buat lak affiliate dan last sekali masih go on dan masih mencuba adalah menulis buku / ebook. Tapi beberapa perkara yg cikgu belajar adalah :

1. Jika jual produk org lain. Pilih produk yang margin untung yg ok ( ambil kira kos2 spt pos, minyak, bil tepon ).

2. Memang banyak cara menjana wang menggunakan internet. Kene kaji dulu, jgn kedekut beli buku, pergi kursus dan belajar dari expert. Note. alangkah kaya pun pergi kursus camana nak kaya apalagi kita. Daripada kusus, cepat dapat tips yang terkini, lebih praktikal dari pakar2.

3. Kena try biar gagal. asalkan dapat feel

4. Jgn putus asa. Kekadang dalam kesibukan bekerja dan banyak tanggungjwab kita dah putus asa, tak boleh putus asa.Istiqamah dan berterusan mencuba.

5. Gunakan media komunikasi terkini sebaiknya. Kita ada internet, talifon, email..apa lagi gunakanlah.

5. Berterusan mencari yang sesuai..



sekian dulu
Posted by Cikgu Murni
Wednesday, October 14, 2009 at 10:13 PM | 0 comments  


salam cyber semua, lama bersua. Sebelum itu masih sempat mengucapkan selamat hari raya. Pada hari raya kedua saya kehilangan bapa tersayang setelah lama arwah sakit.


Sekarang saya sibuk menyiapkan lapuran /buku mengenai duit dari sampah. Buku setebal lebih kurang 60 mukasurat ni berharap dapat memberi manfaat pada orang lain supaya tidak melihat sampah sekadar sampah. Saya sertakan banyak contoh bagaimana individu2 tertentu menghasilkan sesuatu dari sampah.

Berikut satu petikan yang saya ambil dari blog Tazilan

Tahukah anda ada seorang wanita di negara China menjadi jutawan dengan bisnes kitar semula ini? Aset dan hartanya bernilai RM11.7 bilion dan dipercayai lebih kaya dari Oprah Winfrey dan J.K. Rowlings (penulis asal buku Harry Porter).

http://tazilan.com/2007/07/tips-bisnes/potensi-industri-kitar-semula.html


Perniagaan adalah berkenaan idea, kreativi, berani mencuba. Modal terletak nombor dua. Anda mempunyai pengalaman menghasilkan wang dari sampah ? email saya untuk berkongsi cerita.
Posted by Cikgu Murni