My lovely friends

Suatu ilmu yang saya dapat ketika menghadiri kursus Puan Ainon iaitu antara minat dan bakat. Ini diantara ilmu yang puan Ainon berikan.

Seringkali kita tidak dapat membahagikan yang mana bakat dan minat. Kita biasa mendengar bakat boleh diasah jika minat namun kebenarannya tidak semua begitu. Contoh : ramai ingin menjadi seorang penyanyi namun bakat penyanyi tidak ada padanya ( suara sumbang, pitch lari jauh dsb ). Saya ingin menambah yang bukan hanya bakat dan minat, namum kemampuan juga perlu diambil kira. Contoh : jika kita ingin menjadi seorang jurutera namun bila masuk bab matematik , kita mengambil masa yang lama utk memahami dan menyelesaikannya. Begitu diri kita, ada di antara kita sampai sekarang pun tidak tahu apakah bakat yang sebenar. Saya dapat melihat ini pada anak murid saya. Sesentengahnya pandai bercakap, presentation excellent tapi bab buat kerja teknikal hampeh. Persoalan : Adakah bidang pendidikan yang kita ambil merupakan bakat kita semulajadi ? Adakah pendidikan kita yang mengubah kita bukan mengikut bakat kita ?. Baik, bagaimana mengenali bakat anda ? Antaranya :

1. Lihat kebolehan apa mak, ayah, pak sedara atau keluarga anda sebb selalunya ia diwarisi ( genetic )

2. Apakah pujian – pujian yang anda terima ketika anda sekolah ?

3. Apakah peraduan masa dulu2 yang kita menang ?
Posted by Cikgu Murni

1 comments:

Anonymous said...

terima kasih cikgu...

October 26, 2009 at 11:09 PM