My lovely friends



Kekadang kita merasa benci, bosan dengan kerja kita. Kalau sesekali tak mengapa tapi kalau selalu diucapkan pasti ada yg tidak kena. Pendapat saya ( juga bagi ingatan diri saya )

Kenalpasti kenapa atau mengapa ?

Contoh :

1. Bos yang cerewet
2. Politik pejabat
3. Bonus tak ada atau kenaikan kecil
4. Bosan melayan karenah pelanggan ( Rutin harian )
5. Ada Lelaki mengatal dengan anda di pejabat.

Ada tiga plihan samada :

1. hiduplah sebegitu sehingga anda pencen atau meninggal,
2 : Selesaikan masalah anda
3 : Berhenti kerja , cari kerja lain

Renungan :

Org yang cerdik akan menukar masalah kepada suatu penyelesaian tapi org yang bodoh akan menambah kusutkan masalah yang ada.

Ubah / Baiki :

1. Kenalpasti KPI , ada target syarikat : Contoh kalau target nak dapatkan RM pastikan rancangan anda kepada naikkan RM syarikat
3. Ubah cara kerja yang ada supaya lebih baik. Contoh anda ubah proses yang merumitkan anda dan pelanggan ( banyak prosedur ).
4. Fahami politik pejabat supaya anda tidak tersepit.
5. Jika terlalu lama disuatu bahagian boleh minta pada bos tukar di bahagian lain. Jika terlalu lama melakukan rutin yang sama nanti jadi kurang kreatif. Ambil cabaran melakukan tugas baru ( saya sendiri kalau mengajar subjek yg sama terlalu lama menjadi bosan )


Tambah Nilai :

1. Tambah ilmu yang boleh menaik taraf diri anda ( seperti kursus bahasa Inggeris, bekerja sambil belajar dan sebagainya ) dan jika anda berminat dibidang lain cari ilmu tamabahan dibidang berikut.
2. Tukar ketrampilan ( yg ni saya pun kena improve ). Mengikut pembacaan, pakaian, komuniksai, penampilan pun ada faktor untuk kenaikan pangkat.

Tambah aktiviti lain :
1. Sukan
2. Perniagaan sambilan.
3. Bina network persahabatan yang baru.
Posted by Cikgu Murni

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
October 27, 2009 at 4:18 AM  
rodiah said...

Kerja ini ibadah. Tapi kekadang tuntutan perbelanjaan melebihi pendapatan.
Belum sesuai berhenti, tambah pendapatan sambil berkerja.
Klik sini http://www.vemmabuilder.com/782048705

April 26, 2010 at 10:26 PM  
junaidawati said...

Betul tu...kerja memang satu ibadah.Tapi jika anda dah bosan dengan kerja bolehlah layari web ini untuk menjadi bos plak pd kerja kita sendiri.
http://surirumah.blinkweb.com/

April 27, 2010 at 8:17 AM  
Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

March 1, 2011 at 8:59 AM  
TW said...

Kepada readers yang tak sabar nak berhenti kerja, tapi tak berani..
patut join workshop ni...
How to plan your escape from corporate cage workshop

April 17, 2014 at 2:53 AM