My lovely friends


Ayat itu cukup pendek iaitu 'One step at a time' namun pengertiannya amat luas. Dalam kita mencari pendapatan sambilan khusus untuk anak - anak tersayang harus satu - satu perniagaan/kerja dicuba dan tentukan yang mana sesuai dan mampu untuk kita. Kita tidak harus buang kebahagian yg ada dan menunggu anak - anak sudah besar baru menikmatinya ataupun dijadikan sebagai alasan untuk mengabaikan anak - anak.

Sedikit Tekanan perlu supaya kita terus berusaha dan tidak menunggu bintang atau bulan jatuh ke tangan.Didalam perjalanan doa harus terus dipanjatkan kerana Allah kerana Dia yang memudahkan urusan di dunia serta Dia yang menampakkan jalan - jalan untuk mencapai yang diimpikan dan Dia juga membuka hati - hati manusia agar membantu kita.

Alhamdulillah harus juga selalu bersyukur kerana dengan bersyukur akan dibukakanNya pintu rezeki yang lain dan tanda orang bersyukur harus juga sedikit memberi ( banyak lebih baik ) seada yang mampu kerana 1 diberi seribu diterima
Posted by Cikgu Murni



Dengan kalimah Bismillah,
saya melancarkan ebook saya yang pertama iaitu harta dari sampah. Ebook ini mengambil masa 7 bulan untuk disiapkan, lengkap dengan penerangan serta foto untuk pemahaman pembaca. Buku ini tidak didapati dimana - mana gedung buku mahupun di internet.


PEMBACA BLOG yang saya muliakan bolehlah download preview ebook ini. preview adalah PERCUMA dan saudara nilailah sendiri. terima kasih.
Posted by Cikgu Murni