Saturday, March 6, 2010
at
10:39 AM
|
Ayat itu cukup pendek iaitu 'One step at a time' namun pengertiannya amat luas. Dalam kita mencari pendapatan sambilan khusus untuk anak - anak tersayang harus satu - satu perniagaan/kerja dicuba dan tentukan yang mana sesuai dan mampu untuk kita. Kita tidak harus buang kebahagian yg ada dan menunggu anak - anak sudah besar baru menikmatinya ataupun dijadikan sebagai alasan untuk mengabaikan anak - anak.
Sedikit Tekanan perlu supaya kita terus berusaha dan tidak menunggu bintang atau bulan jatuh ke tangan.Didalam perjalanan doa harus terus dipanjatkan kerana Allah kerana Dia yang memudahkan urusan di dunia serta Dia yang menampakkan jalan - jalan untuk mencapai yang diimpikan dan Dia juga membuka hati - hati manusia agar membantu kita.
Alhamdulillah harus juga selalu bersyukur kerana dengan bersyukur akan dibukakanNya pintu rezeki yang lain dan tanda orang bersyukur harus juga sedikit memberi ( banyak lebih baik ) seada yang mampu kerana 1 diberi seribu diterima
Posted by
Cikgu Murni
3 comments:
tq
Terima kasih yang memberi komen. Ini adalah ebook pertama saya. InsyaAllah saya akan perbaiki. Hummph manalah org alam sekitar nak buku saya yang macam ni. Mudah2an ia memberi pahala kepada saya.
Dalam apa jua yang kita lakukan untuk dapat side income, keluarga dan agama tak boleh dibelakangkan.
Pilihan cara bisnes yang smart banyak membantu wanita berjaya.
Post a Comment