My lovely friends

Perlu ke tidak menunjukkan muka dan nama sebenar di dalam blog perniagaan anda ?

Ramai yg menyorokkan muka mereka, menggunakan muka org lain dan menggunakan nama samaran.

Antara sebab mengapa berbuat demikian :
1. Segan ( segan kawan – kawan tahu )
2. Takut ( mungkin anda membicarakan hal politik, membangkang sesuatu atau takut bos anda tahu )
3. Memang anda seorang pemalu.

Jika anda menulis blog sekadar suka – suka tidak mengapa tetapi amat Penting anda memaparkan rupa dan nama anda sebenar jika anda menggunakan blog sebagai medium pemasaran anda. Nama adalah brand anda. Contoh : Irfan Khairi. Perhatikan blog beliau yang memaparkan gambar beliau yang penuh keyakinan.



Keyakinan pelanggan terhadap barang yang anda jual juga bertambah. Selain testimoni pelanggan ia amat membantu dalam meningkatkan pemasaran. Jangan terkejut !. Ada juga yang ingin kagum dan ingin mengenali anda
Posted by Cikgu Murni

4 comments:

Anonymous said...

Cikgu,
Ada juga yang malu memaparkan nama sebenar mereka sebab menreka menjual produk sensitif seperti 'ubat kuat' atau 'alat2 tertentu' yang berunsur kelelakian atau kewanitaan...
Tapi, sepatutnya apa nak dimalukan, kan... Kalu malu tu nampak macam tak jujur jer...

November 15, 2009 at 5:04 PM  
Anonymous said...

Cikgu...

Ada juga orang tak mahu memaparkan nama mereka kerana dikuathiri menjadi 'riak'. Dan mungkin ada rahsia yang amat besar mahu disimpan oleh nya. Terpulang lah pada keadaan masing2...

November 25, 2009 at 10:55 PM  
Anonymous said...

Bila nak update blog Cikgu nih...

January 18, 2010 at 3:48 PM  
Anonymous said...

Bila cikgu nak update blog nie..???

February 4, 2010 at 4:55 PM