Friday, November 13, 2009
at
9:38 PM
|
foto sekadar hiasan : http://www.lifeplusvitamins.com
Sedang sibuk menanda soalan peperiksa pelajar, saya berhenti sebentar untuk menulis isu ini.
MLM atau multilevel marketing adalah begitu sinonim dengan kita. Ada yang ‘ alergi ‘
dengan mereka yang menjalankan perniagaan ini. Belum habis kawan bercerita dah cakap
tak pelah. Ramai yang menjadikan mlm sebagai side income. Ia bersifat rangkaian yang mana boleh berkembang dengan lebih cepat dan juga sesuai untuk side income. Pada pendapat saya,dengar dahulu apa barang atau perkhidmataan yang dijual sebelum tolak bulat2. Ada produk yang baik dan ada yang setakat nak memancing ahli. Namun saya risau dengan scenario kini yang mana ahlinya perlu membeli dengan kuantiti yang banyak, cari ahli untuk mendapat untung yang banyak dan perlu modal yang besar. Sebagai seorang islam perlu kita meneliti mengenai mlm bagaimana yang kita buat agar apa yang disuapkan pada anak2 bersih dan berkat bukan setakat mengikut dan mendengar.
Beberapa pandangan dr website untuk tatapan ibu2 di ruang siber ini :
1. harakahdaily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999
Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.
Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.
MLM dari sudut positif
Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya. MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.
Faktor-faktor haram
Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:
1. Perjudian
Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.
2. Riba
Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.
'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.
Tadlis, taghrir dan Syamta'
Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.
Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.
Anda boleh juga menyusuri laman web ustaz Zaharuddin
2. http://www.zaharuddin.net/content/view/222/100/
Posted by
Cikgu Murni
3 comments:
Terima kasih atas perkongsian informasi MLM ini. Saya pernah menyertai beberapa syarikat MLM secelum ini (atas ajakan/desakan kawan2.) Tetapi semuanya tidak berjaya. Saya merasakan, semua yang kejayaan diceritakan oleh penceramah2 mereka untuk mendapatkan ahli baru terlalu berlebih2an (kempen saja lebih!!) Sedangkan hakikat nya tak kemana. Sya pernah menghabiskan banyak masa dan wang kerana terpedaya dengan MLM ini. Cukup, saya tak mahu menyertai mana2 syarikat MLM lagi...
Tq cikgu
Salam Cikgu Murni,
Saya sangat bersetuju dengan pendapat diatas, kebanyakkan para pengusaha MLM akan berkempen bahawa 'berniaga' melalu MLM akan mendapat income dari rumah. Tak perlu ada BOS, kita adalah bos diri sendiri. Banyak masa bersama keluarga dan berbagai janji yang indah2... Padahal, masa untuk 'memajukan' rangkaian kita memerlukan lebih banyak lagi... Pergi majlis taklimat (baca kempen) sampai pukul 2 pagi... Ada yang bercerai laki-bini angkara MLM... Ohh saya tak sanggup lagi untuk menyertai mana2 MLM didunia ini walaupun dijanjikan dengan pulangan berjuta....
MLM ..multi level marketing..ada yg original ada yg scam..rsa ny org yg tertipu..tu pda yg scam..walhal mreka x tau..sbnarny yg original tu..mmg trbukti..dn rmai yg berjaya..cuma msalah org skrg ni ..yg msuk MLM suma ny mimpi nk cpat kaya..ari ni msok MLM esokny..jd jutawan..oh tidakk..bkan itu cara ny..kalo buat MLM msti kaji latar blkg syarikat,produk,benefit dan jga sistem syarikat..kalo x kaji sebaik2 ny sbb itu la rmai yg x berjaya...bg sy ..scara peribadi mmg sy adlh org yg mnjalankn perniagaan MLM ni..tp sy x rsa MLM itu adalh tipu..sbb sy suda kaji..n sy nmpk peluang..dlm MLM itu sndiri..trus trang sblum ni .pn perna join MLM tp lain sykt..tp sy x bjya..sbb x aktif lngsung..itu sbb sy x berjaya..tp itu x mematahkn semangat sy terhadp MLM ni..sy terus mncuba mncuba shingga sy berjaya..sbb sy mahu bebas..dari beban kewangan..jalan yg paling bagus skali..ialah MLM... ELKEN
Post a Comment