My lovely friends

Monday, April 26, 2010 at 11:00 AM |  





Salam bahagia, hari ini cikgu akan review blog/web pemasaran wanita iaitu Zara zass collection.

http://zarazass.blogspot.com/

Produk jualan : tudung dan kain
Bagi seorang peniaga yang baru menggunakan internet sebagai medium jualan ( kalau tengok post dalam tahun ini juga ). Dari segi warna blog sesuai untuk dijadikan blog jualan, susunan amat memberansangkan. Woow tulisan warna ‘Blink blink’. Diskaun untuk follower ..itu yang wanita suka !. antara magnet utama jualan. Untuk menarik pembaca, Perkataan yang penting di bold dan warna yang berlainan. Produk jualan agak lengkap sebab disertakan saiz, gambar serta harga. Namun mungkin boleh tambah satu laman/page bagaimana prosedure membeli. Mungkin shopping chart, order form atau apa yang sesuai. Cikgu cadangkan kurangkan atau jangan masukkan pengiklanan dahulu , setelah agak lama dan stabil baru dimasukkan. Juga mungkin boleh papar gambar dan nama sebenar pada profil supaya lebih pembeli lebih percaya untuk memasukkan / membayar duit kepada tuan punya blog. Masukkan testimoni pelanggan dengan produk yang dijual. Ini penting kerana bakal pembeli tidak tahu kualiti produk jualan. Dengan testimoni, keyakinan bakal membeli lebih kukuh. Kalau boleh sertakan berapa bayaran pos kerana ada pembeli tertanya – tanya. Tidak pasti samada ia adalah pendapatan sambilan/ side income Zara Zass atau sepenuh masa. Tahniah Zara Zass.
Posted by Cikgu Murni

0 comments: