My lovely friends

Thursday, April 29, 2010 at 5:17 AM |  





foto : kredit kepada masihbaik bundle


Hari ini cikgu balik kerja agak lewat mlm, banyak kerja kat ofis namun sempat juga cikgu menyelak satu dua blog orang lain. cikgu terjumpa laman blog jualan anak – anak muda lelaki iaitu jualan BUNDLE. Jualan barangan Bundle di Negara kita adalah jualan barangan 2nd hand atau terpakai. Kebanyakannya bila sebut BUNDLE, produk di dalam fikiran adalah baju, tshirt, seluar, kasut dan sebagainya. Kebanyakan pembeli sanggup membeli barangan bundle kerana : produk tersebut murah, susah hendak di cari dan asli.

Dahulu tidak ramai yang menceburi perniagaan barangan bundle, mungkin masih ramai pengguna ketika itu memandangnya sebagai barangan yang ‘cepisan’ namun sekarang tidak lagi kerana kalau pandai memilih, qualiti produk masih berkeadaan tip top. Bagai suatu pengkususan pula, apabila yang berniaga itu perempuan maka produk perniagaan yang dijual adalah makanan, pakaian wanita, peralatan dan pakaian anak – anak manakala kalau yang menjual lelaki maka produk perniagaan BUNDLE, gajet seperti telifon bimbit dan sebagainya.

Namun seharusnya sebagai orang yang bergelar usahawan, wanita seharusnya melihat ini sebagai peluang perniagaan yang besar. Cuma mugkin produk yang di jual harus juga dipilih – pilih supaya tidak terjual pakaian yang memaparkan gambar yang salah di sisi agama dan moral. Yang bestnya, selain daripada di jual diblog dan web, ia juga boleh dijual di pasar malam, car booth sale dan ia selalu mencuri mata pengujung yang datang ke situ.

Begitu juga second hand. Cuma produk perniagaan second hand di Malaysia lebih meluas dan kedai – kedai second hand tumbuh bagai cendawan.

Yuk kita tengok apa yang dijual oleh blog perniagaan BUNDLE dan SECOND HAND



1. Masihbaik – perniagaan menjual barangan bundle untuk luaran atau outdoor seperti baju, beg galas dan sebagainya.

Rujukan : http://masihbaik.blogspot.com/


foto : kredit kepada one_rombengan bundle

2. one-rombengan
Produk perniagaan blog ini adalah kemeja T dan seluar berjenama dan ‘ funky ‘


Rujukan : http://www.one-rombengan.blogspot.com/




foto : kredit kepada aisyaimya
3. aisyaimya
Blog ini menjual barangan terpakai dari England ( Mungkin pemilik blog ini berada di England ketika ini ). Produk yang dijual mainan, pakaian yang terpakai.
http://aisyaimya.blogspot.com/
Posted by Cikgu Murni

5 comments:

Mohd Shahrul Hafizi said...

Setuju! Saya penggemar barangan bundle (pakaian). Murah sangat. Tapi susah nak cari size kecik. Susah jugak badan keding sangat. Hahaha.

May 8, 2010 at 11:07 AM  
mijieywardie said...

G lg2 minat pakaian bundle.. dan ada blog bundle gak. ase cam nk kembangkan ag bisnes ni.. tp tu la.. xda modal+takot.. hehe..

November 25, 2010 at 6:57 AM  
eira said...

salam..eira nk tau lbih lnjut sal p'niagaan bundle ni ley x??hrap bagi kjesame ye..
*eira kena wt kajian sal bundle..da puas duk search,xde plak jmpe info..

February 21, 2011 at 2:11 AM  
Cikgu Murni said...

Ada dua cara jual bundle ( shall i say second handed produk ) , beli kecil2 dari org lain dan jual semula. Beli dimana ? web jualan seperti ebay, jiran rum sebelah. Cara kedua cuba di majalah.com bahagian pemborong bundle. semoga membantu eira

February 23, 2011 at 10:21 PM  
Unknown said...

SAYA PUN BARU JER START JUAL PERMAINAN TERPAKAI. TGK MARKET RAMAI JUGA BERMINAT. LEH LA SIKIT2. SPECIALTOYSSHOP.BLOGSPOT.COM

July 12, 2011 at 8:11 PM