Thursday, May 6, 2010
at
10:28 AM
|
gambar hiasan
Peringatan kepada ku...
JANGAN KEDEKUT MENCARI ILMU
Di dalam kepala kita masa mencari ilmu sudah berlalu. Ia adalah masa ketika ketika di bangku sekolah ( belajar sakan nak pass periksa dan masuk universiti ),kemudian masuk universiti ( belajar sampai pening nak jadi Engineer cita – cita cikgu dolu - dolu ), disini Mak Ayah sanggup bergadai untuk menghantar anak – anaknya ke universiti. Lepas tu kerja dan kerja. Bila nak pergi kursus , tunggu kompeni hantar. ( free.. ), itu pun untuk menambahbaikkan bidang kerja cikgu. Tapi...jarang – jarang kita pergi kursus berbayar ( Tanggung sendiri ), membeli buku yang mahal sedikit untuk menambah ilmu untuk tujuan kekayaan ( tapi kalau kursus itu sebut gerenti jadi jutawan, cikgu pasti ramai yang hadir...namun itu adalah kursus memancing duit anda ).
Dalam islam jelas, kalau hendak dunia, perlu ada ilmu dunia dan kalau hendak akhirata perlu ilmu akhirat dan kalau mahu kedua – duanya perlu ada ilmu dunia dan akhirat. Seorang Doktor jelas tidak akan menjadi doktor kalau ilmunya kejuruteraan. EHH nak kaya pun kena ilmu ? Pasti... Pencuri sekarang pun berteknologi maklumat untuk mencuri duit orang apatah lagi kita yang mencari peluang perniagaan, mencari side income dan yang belum kaya ( jangan kata tidak akan kaya raya ) dan mahu jadi jutawan. Memang boleh berjaya dengan ‘ try and error ‘ namun lagi cepat berjaya kalau berguru terus kepada tokeh atau pakar nya sendiri.
Berguru dengan Chef Wan tidak sama dengan berguru dengan Makcik Joyah walaupun kedua – duanya hanya untuk membuat nasi lemak. Tajuk kursus Chef Wan mungkin ‘bagaimana menghasilkan nasi lemak yang pelanggan yang sama akan makan setiap hari ‘ manakala kursus Makcik Joyah mungkin sekadar ‘ Cara masak Nasi Lemak ‘. Sudah tentu ‘ do and don’t ‘ tidak ditulis di dalam buku – buku serta di mana lubang – lubang duit terkini dibocorkan di dalam akhbar. Berapa keluar duit untuk ilmu kaya ? Di dalam blog jutawan internet Irfan Khairi ada menyebut dia pernah mengeluarkan 90% dari pendapatannya untuk ilmu ke arah kekayaan. SAYA , ANDA ??? pikirlah sendiri
Yang lain : JANGAN KEDEKUT BERSEDEKAH DAN MEMBERI ILMU
Posted by
Cikgu Murni
4 comments:
dah tak bz ker?
kedekut tak kemana....rezki akan sentiasa ada..Allah knows everything..
Terima kasih informasinya Sobat...!
Ilmu untuk dikongsi bersama bukan disimpan buat tahi. Kan? Hehehe.
Post a Comment