My lovely friends

Sunday, May 9, 2010 at 11:08 PM |  


foto : kredit kepada kedaidiamond.wordpress.com

Hari ini masih sibuk dengan tugas di pejabat. hampir pukul 7 mlm sampai ke rumah. Bertalu - talu cikgu menerima ucapan hari ibu dari semalam hingga ke hari ini. Selepas solat cikgu talipon ibu untuk mengucapkan selamat hari ibu. Tergenang airmata bila mengingatkan ibu. Bukan tak selalu jumpa namun masih belum memberi yang terbaik untuknya dan tidak boleh selalu berada hampir dengannya. Ketahuilah ibuku sayang, kekuatanku ini adalah hasil didikanmu, kejayaan yang pernah ku lalui adalah kerana doamu. Mudah2an aku bisa menjadi ibu yang baik untuk anak - anakku.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... . aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


SUMBER
http://istimewa2u.blogspot.com/2008/05/puisi-ibu.html
Posted by Cikgu Murni

16 comments:

dmx said...

salam....

...::: sElAmAt HaRi IbU:::...

moga Allah mrahmati selalu....

May 8, 2010 at 7:53 AM  
Mohd Shahrul Hafizi said...

Saya panggil mak saya Ma. Hehehe.

May 8, 2010 at 10:44 AM  
Cikgu Murni said...

apa pun panggilannya, dia adalah insan yg amat istimewa. Happy mama/ibu/mummy/ibuk/mak day..luv u mum

May 8, 2010 at 11:09 AM  
Anonymous said...

Sedihnya bila mengingati arwah ibu... I love you emak...

Adm

May 8, 2010 at 11:18 AM  
Anonymous said...

Sedihnya... teringat pada arwah ibu. Ingatan untuk semua, lah ibu anda...

May 8, 2010 at 11:19 AM  
Anonymous said...

Pembetulan....

Sayangilah ibu anda.....

May 8, 2010 at 11:23 AM  
nickdotnet said...

hanya diam terpukau jadinya

kunjungan balik dari www.get2ware.co.cc

May 8, 2010 at 1:34 PM  
Unknown said...

selamat hari ibu..
sebak baca entry ini..
betul sesangat semua itu

May 9, 2010 at 1:05 AM  
MaizaC'Joe said...

Salam

selamat hari ibu ya..:)

May 9, 2010 at 3:51 AM  
Cikgu Murni said...

terima kasih maiza.

May 9, 2010 at 4:13 AM  
merahitujambu said...

selamat hari ibu..

May 9, 2010 at 6:39 AM  
Girant_31 said...

Kunjungan balik neg bu..
Puisinya dalem bngts..

Terimakasih sudah mw berkunjung krmh ane..

Salam Sillaturrahmi..

May 9, 2010 at 7:42 AM  
Afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Aku bersyukur kerana Ibuku masih ade lagi.... Ya Allah selamatkan Ibu-Ibu kami.... Rahmati lah ia...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

May 9, 2010 at 11:10 AM  
indahhouse said...

salam cikgumurni,
kunjungan balas.. :) selamat hari ibu buat kak.

May 9, 2010 at 7:02 PM  
BALI said...

happy mother's day ^^!

May 10, 2010 at 4:31 AM  
Edda said...

selamat hari ibu~

May 10, 2010 at 6:39 PM