My lovely friends

Perkataan UNIK, KREATIF , NICHE, BOOMBASTIC IDEA dengan perniagaan tidak dapat dipisahkan. Lihat sahaja di gambar di bawah…. dengan kreatifnya si pemakai cuba menarik perhatian orang ramai dengan pakaiannya. Kalau beliau jual telurlah di Malaysia nescaya habis telur yang dijualnya.





Begitu juga dengan perniagaan. Perniagaan CENDOL LEMAN DAWI amat popular di Seremban, Negeri Sembilan. Cubalah anda kunjungi kedai cendol ini. Anda tentu setuju dengan saya betapa kreatifnya Pak cik Leman mempromosikan perniagaannya. Beli satu boleh tambah cendol sampai puas. Bukan itu sahaja…Pak cik Leman akan menyambut anda dengan celotehnya yang tak putus – putus. Pak Cik Leman akan bercerita mengenai cuaca, keadaan negeri, sejarah dan sebagainya mengenai Negeri Sembilan.




Kisah kedua..Goreng pisang Pontianak. Tengok je papan tanda ni orang akan tertanya..goreng pisang tu putih macam pontianak ke ? Datang dari pontianak ke ?..Goreng pisang ni sebenarnya bersalut coklat dan sebagainya..Hemmm boleh cuba. Suatu makanan yang unik dan baru.

Jadi..tanyalah perniagaan anda bagaimana ?


Posted by Cikgu Murni

0 comments: