My lovely friends

Friday, February 27, 2009 at 3:00 AM |  
Lyana, anak ke 7 dr 9 orang adik beradik. Masih belajar di sebuah universiti. Apa yang menarik beliau adalah kerana walaupun masih bergelar mahasiswi, beliau dapat menjana pendapatan sampingan atau side income dengan menghasilkan dan menjual produknya sendiri.



Anak kepada pesara Felda ini menghasilkan beg, bekas pensil dan perhiasan menggunakan lebihan potongan seluar jeans yang ternama. Pada asalnya perniagaan ini timbul dari minatanya dalam menjahit bag dan assessori.




Sambutan rakan – rakan satu universiti menambahkan lagi minat beliau untuk berniaga. Lyana bukan sahaja menjual produknya di Malaysia malahan ke luar negara melalui blognya iaitu http://terompahsurau.blogspot.com/




Pesan Lyana bagi yang ingin mencari side income, ikhlas dengan diri dan carilah
Pekara yang kita minat dan buatlah sepenuh hati. Walau banyak rintangan,,just move forward.

Jadi ibu – ibu yang ingin mencari side income kuatkan tekad dan teruskan usaha murni anda……………..terima kasih Lyana
Posted by Cikgu Murni

0 comments: