My lovely friends




Maid …maid ..adakah mereka menyelesaikan masalah anda atau menambahkan masalah ??

Sering saya mendengar orang mengeluh kerana maid mereka…ada yang lari, x reti itu dan ini tetapi ada juga yang mempunyai maid yang boleh diharap, setia bertahun – tahun kerja.

Apapun peranan maid amat penting walaupun mereka ini hanya menjaga anak – anak anda. Jika tidak ada maid, balik kerja kena kemas rumah, siapkan baju sekolah anak, mop sana mop sini dah pukul 10 malam. Sudah lama seharian di pejabat. Nak buat side income lagi….silap – silap pukul 8 malam depan tv anda dah terlentok kat sofa. Jadi, siapa yang ada maid yang baik jagalah kebajikan mereka kerana bukan senang nak cari maid yang benar – benar ikhlas membantu anda.

Walaubagaimanapun, jangan semua serah bulat – bulat pada maid. Ingat ! menjaga anak – anak sekaligus sebenarnya mendidik anak anda secara tidak langsung. Jika maid anda suka makan tempe, lama kelamaan anak anda pun suka makan tempe.( saya pernah lihat anak – anak yang pandai cakap Thai sebab maidnya asal dr Thai. Kita perlu tahu mana kerja maid dan mana tugas kita sebagai ibu dan isteri..) dan anak – anak juga perlu diberi tugas agar mereka lebih berdikari ( jangan biar mereka merasakan mereka bos )

Bagaimana pengalaman anda mempunyai maid ?
TAHU BAGAIMANA MEMILIH MAID YANG BAIK..beri komen anda untuk dikongsi bersama
Posted by Cikgu Murni

0 comments: