My lovely friends

Thursday, January 22, 2009 at 2:00 AM |  
Diberhentikan kerja disebabkan ekonomi meleset atau sebab – sebab lain amatlah berat. Perasaan terkejut, terduduk memikirkan bagaimana hidup yang akan dihadapi seterusnya. Bayangkan bertahun – tahun bekerja, setia pada satu kerja sahaja dan selesa dengan keadaan hidup sekarang tiba – tiba tup – tup kena berhenti kerja. Lebih parah lagi apabila yang bekerja seorang sahaja manakala si isteri suri rumah. Mungkin ada yg bertanya cakap bolehlah kalau tak rasa. Ehem ehem saya pernah mengalaminya. Sekadar melontarkan pandangan mana tahu boleh digunakan. Antara yang boleh anda lakukan :

1. Terima kenyataan. Ia bukanlah petanda hari nak kiamat. Terima dengan tenang.
Tarik nafas panjang – panjang dan istigfar banyak – banyak. Jangan asyik menyalahkan diri sendiri. Tanamkan di dalam hati Semua manusia pasti diuji Allah dan iniilah ujian untuk anda. Banyak memohon pada Allah untuk dilapangkan hati, ditetapkan pendirian, dikuatkan semangat dan dipermudahkan jalan. Bertenang, bertenang, bertenang. Kalu tidak bertenang x anda tidak dapat berfikir bagaimana untuk mengharungi hidup seterusnya.

2. Terangkan dengan isteri dan anak – anak yang cara hidup perlu diubah sedikit sementara mendapat kerja yang baru. Adjust budget keluarga. Kalau dulu asyik makan luar, sekarang semuanya makan dirumah. Bawa bekal anak – anak.

3. Perhatikan belanja rumah yang mana contribute paling banyak - minyak kereta, talifon, kredit kad, bil elektrik – potong atau kurangkan mana yang patut.

4. Rujuklah badan – badan kerajaan seperti kementerian sumber manusia dan sebagainya. Mana tahu ada cara yang boleh membantu. Mungkin ada skim – skim usahawan menganggur.

5. Kalau dulu anda seorang Manager, rendahkan diri anda dan Carilah kerja –kerja
sementara untuk menampung keluarga.

6. Mungkin ada peluang – peluang perniagaan kecil sementara yang boleh anda buat sementara waktu seperti menjual burger, jual buah di sekolah, jual insuran. Ajak isteri sama – sama membantu.

7. Naik taraf kemahiran anda. Jika anda ada kekurangan, mungkin anda boleh mengambil kursus – kursus untuk memperbaiki diri anda.

8. Servey kat internet. Banyak yang membuat perniagaan menggunakan internet. Mana tahu anda boleh gunakan skill anda untuk perkara yang sama.

9. Jangan berhenti cari kerja baru. Jika anda di sektor perkilangan mana tahu ada rezeki anda di sektor pertanian.

10. Isteri jgn merungut. Banyak bersabar.
Posted by Cikgu Murni

1 comments:

apisz said...

buat kerja sendiri...jadi bos... hehe...

February 11, 2009 at 8:02 PM