My lovely friends




1. Tidak memilih perniagaan yang sesuai untuk memulakan.
2. Pengalaman yang sedikit di dalam perniagaan ini.
3. Berhenti kerja terlalu cepat, sebelum perancangan perniagaan yang mencukupi
4. Tidak mengemaskini rancangan perniagaan yang bertulis.
5. Aliran tunai tidak mencukupi(kehabisan wang.)
6. Membuka perniagaan di lokasi yang salah.
7. Perlindungan perniagaaan yang tidak mencukupi
8. Rakanniaga gagal
9. Kurangnya jualan dan pemasaran ( know how )
10. Memperluas terlalu cepat sebelum diuji perniagaan secukupnya.


source yang telah ditranslasi

http://www.myownbusiness.org/business_top_ten.html
Posted by Cikgu Murni
Salam, Suatu peringatan untuk diri saya. Kekadang kita ( termasuk diri saya ) mengeluh kenaikan kecil, bonus tak ada atau kurang, nak tukar kereta baru tak boleh, nak extend rumah tak cukup namun ada yang lebih susah yang sanggup menyabung nyawa hanya untuk sesuap nasi. Sekali lagi saya ingin berkongsi email dr rakan - rakan yang menghantar gambar - gambar untuk di renung - renungkan. ( Maaf source gambar asal saya tidak tahu ). Mereka di dalam gambar ini bekerja sebagai buruh binaan sanggup menanggung risiko jatuh dan mati kerana untuk menyara keluarga. Sebenarnya senario ini ada di negara kita cuma kita melihat BUKAN DENGAN MATA HATI. Orang - orang ini mencari rezeki tidak ada kaitan dengan rasuah - rasuah atau pijak orang lain semata - mata untuk naik atau bermuka - muka semata - mata ingin dipuji. Mereka ini orang dibelakang tabir disebalik bangunan - bangunan yang gah. Mereka ini KAYA HATINYA Walaupun MUKAnya hitam terbakar dibawah sinar matahari. BIAR MISKIN TAPI KAYA HATI.


















Posted by Cikgu Murni
Salam, Cikgu mendapat slide show ini dari email Tak tahu source ilmu ini dan Cikgu ingin berkongsi bersama saudara pembaca.

Kita sibuk ingin melabur ke amanah saham, saham emaslah, saham MLM, saham itu dan ini namun kita ( dan saya ) harus ingat kembali bila kita mati kita tidak bawak itu semua. Antara saham - saham yang boleh dilaburkan akan berterusan selagi ada yang menggunakannya adalah seperti dibawah.




1. Saham 1 - Beri Al Quran pada seseorang dan setiap kali dibaca anda mendapat hasanaat.




2. Saham 2 - Derma kerusi roda pada Hospital dan setiap kali pesakit menggunakannya anda mendapat hasanaat



3. Saham 3 - Bantu dalam pendidikan kanak - kanak



4. Ajar org lain satu dua doa dan anda mendapat hasanaat



5. Terlibat sama dalam pembinaan Masjid, Surau atau tempat pengajian



6. Letak tempat air minuman atau tanam pokok buah - buahan ditempat awam
Posted by Cikgu Murni