My lovely friends

Thursday, August 20, 2009 at 2:12 AM |  
Lama tak menulis di blog ini, sibuk sangat dengan tugas2 pejabat dan harian. tak termasuk pelbagai masalah yg timbul yg perlu diselesaikan.

Selamat datang bulan yang ditunggu – tunggu untu seluruh umat islam iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. bulan puasa bukan sahaja bulan menambah pahala tapi bulan di mana boleh menambah rezeki. apa projek perniagaan yg boleh dilakukan secara sambilan untuk bulan puasa ? di bawah adalah antara cadangan perniagaan sambilan yang boleh anda buat dan di jual dipejabat anda bekerja.




1. JUAL MAKANAN UTK HARI RAYA
- Bersiap sedia mencari ‘ contact’ mana – mana kilang kerepek, kacang, coklat yang boleh menawarkan harga istimewa jika anda membeli secara pukal. Pastikan Sedap dan menarik hiasannya. Jika tidak, mahirkan diri anda dengan satu atau dua jenis kueh / kerepek untuk hari raya seperti ‘pembuat tart nenas special ‘ yang cara gulungan berlainan daripada orang lain. Jika ramai menjual makanan, juallah air cordial, gula-gula dan sebagainya. Anda juga menyediakan makanan istimewa untuk berbuka puasa yang nampak menyelerakan seperti kuah mee seperti kuah rebus yang senang dipaket yang senang disediakan, kurma dan sebagainya.









2. SEDIAKAN TEMPAHAN JAHITAN MANIK PAKAIAN WANITA
Anda mahir soal menjahit manik – manik pada hujung lengan baju kurung ? sediakanlah
‘ flyer ‘ khusus yang menunjukkan gambar – gambar hasil jahitan anda untuk ditempah pelanggan.


3. PERHIASAN RUMAH
Anda boleh menjual cadar, alas meja, kain langsir yg menarik untuk hari raya. Selalunya perhiasan begini yang orang suka tukar.


4. TUDUNG/ PAKAIAN
Anda boleh menjual tudung yang telah diubah suai sebagai fesyen terbaru untuk hari raya seperti tudung ala ‘ IKIN “ yang telah diubah ( ditambah manik, reben dan sebagainya ) suai kepada pelanggan anda. Jika anda ada pembekal pakaian untuk kanak –kanak atau pembekal kain yang terbaru yang boleh ditunjukkan pada pelanggan.
Posted by Cikgu Murni

0 comments: