My lovely friends





Pernah mendengar Strategi Laut biru dan Laut Merah atau nama Inggerisnya Blue and Red Ocean strategy ? Strategi Laut Biru adalah strategi yang baru digunakan dan memahami keduanya adalah penting di dalam perniagaan.Blue ocean strategi adalah suatu bentuk strategi yang lain dari kebiasaan manakala red ocean strategy adalah kata lawan padanya. Ia adalah suatu buku yang ditulis oleh W.Chan Kim dan Renee Mouborgne. Saya ingin berkongsi bersama suatu laman blog yang membincangkan perkara ini dengan baik sekali.



Setiap bisnis atau perniagaan, pasti akan ada pencabar dan pesaing yang masing-masing berlumba untuk mencapai target tertentu. Tidak kira ia target sales, target market seperti customers ataupun dari segi kualiti produk yang di hasilkan. Tidak di nafikan, setiap bisness ada kelebihan dan ada kekurangan. Ada yang berjaya dengan hebat, ada yang kecundang rebah di tengah jalan sehingga tidak mampu untuk mendongak ke langit lagi.



Yang menjadi persoalan pokok adalah, jika niche bisness sudah terlalu tepu, bagaimana sebuah bisness mahu meneruskan survival? Jika salah langkah pasti malang dan kemusnahan akan berlaku. Modal lesap, letih dapat dan seksaan mental yang hebat. Kadang kala, ayat yang biasa yang di anggap pemusnah akan keluar di minda orang-orang yang kalah ini.

“Masakan tidak kecundang. Setiap pesaing yang ada di pasaran, mereka sudah “established” dan tidak mampu di ganggu gugat oleh sesiapa. Kita tak boleh masuk dalam?league (kumpulan) mereka. Jika tidak we’ll be dead in no time” Pendapat seperti ini merupakan pendapat yang sangat salah dan rentetan daripada inilah munculnya blue ocean strategy atau strategi lautan biru

Apakah strategi lautan biru ini?

“Blue ocean strategy promotes creating new market space or “Blue Ocean” rather than competing in an existing industry” – strategi lautan biru mengenengahkan kaedah untuk mencipta market baru daripada bersaing di dalam industri yang sedia wujud.

Maksudnya, “existing market” atau pasaran yang sedia wujud sekarang (red ocean – laut merah) sudah terlalu tepu. Dan untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu “wujudkan” pasaran baru.

Untuk memudahkan pemahaman, antara syarikat yang mengambil jalan blue ocean adalah syarikat Malaysia, air asia. Jika fikir secara logik, apabila Tony Fernandas membeli/acquire air asia yang sedang dalam kerugian berjuta ringgit, pasti tidak akan bertahan lama. Namun langkah “blue ocean’ yang di cipta – penerbangan tambang murah, membawanya ke satu level yang cukup hebat. Pada ketika itu MAS (Malaysia Airlines) menggunakan strategi yang sama dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Hasilnya,MAS kalah dalam persaingan! Cuba bayang jika air asia menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan MAS sewaktu awal penubuhan? anda dapat agak apa hasilnya kan?

Namun, tidak lama selepas itu, MAS bangkit dan mula menghasilkan margin keuntungan yang besar selepas mengaplikasi stategi blue ocean (sekali lagi, ia adalah pakej tambang murah)

Malaysia juga antara negara yang menggunakan strategi blue ocean. Masih ingat krisis kewangan asia pada beberapa tahun lepas? Malaysia menggunakan strategi blue ocean dengan tidak meminjam wang dari world bank. Sesuatu yang orang katakan sebagai “gila”. Lihat hasilnya, “we are among the best nation economically in asia” sekarang.

Jadi untuk berjaya, setiap bisness tidak boleh lagi menggunakan cara lama. Ya, ia sememangnya di sahkah berkesan, tetapi untuk masa lalu. Pada masa sekarang, kita perlu jadi lain dari yang lain. Signifikannya, lautan biru terlalu luas untuk di teroka dan kita akan menjadi “major player” tetapi di laut merah (laut mati), kita tak akan kemana.

rujukan asal dan kredit kepada : http://fahdighazali.com/kajian-dunia-perniagaan/idea-perniagaan/blue-ocean-strategy/.html
Posted by Cikgu Murni

0 comments: