Tuesday, October 19, 2010
at
10:12 AM
|
Ingin Cikgu berkongi sedikit pandangan cikgu mengenai side income atau pendapatan sambilan yang baik.
1. Carilah pendapatan yang penat sekali tapi dapat berulang - ulang kali. Maksud cikgu suatu perniagaan atau pekerjaan yang dibuat sekali atau dikeluarkan modal sekali tetapi dapat keuntungan ( biar sedikit ) tetapi berkali - kali.
Sebagai contoh :
Perniagaan insuran. Bukan mudah untuk seorang wakil insuran mendapat pelanggan kerana ia perlu meyakin pelanggan. Namun apabila beliau mendapat seorang pelanggan maka beliau boleh mendapatkan pendapatan dari orang yang sama selama beberapa tahun. Akan tetapi..diingatkan seorang wakil insuran haruslah memikul tugas beliau dengan begitu tanggungjawab, sentiasa bersedia memberi khidmat pada saat diperlukan pelanggan bukan dapat duit terus cabut lari.
2. Carilah pendapatan yang tidak mengambil masa yang lama anda.
Ingat anda sudah menghabiskan 8 jam di pejabat. Balik rumah janganlah pula menerima kerja/tempahan jahit menjahit baju kecuali jika memang suatu hari anda berniat untuk berhenti dan terus berniaga. Kalau MLM satu malam anda fokus 1 pelanggan ( dalam 1 jam penerangan ) tidak mengapa.
3. Carilah pendapatan yang anda boleh lakukan serentak ketika anda membuat suatu kerja lain.
Sebagai contoh kerja anda adalah membawa bas dari UTARA ke SELATAN. jika memang ruangan barang bas selalu kosong, anda boleh memberi perkhidmatan penghantaran barang - barang dari Utara ke Selatan. Mungkin barangan yang agak kecil.
4. Carilah pendapatan yang menjurus kepada hobi anda atau kesukaan anda.
Jika di tempat kerja pun anda muncung dengan kerja anda, apa lagi harus menambah 2/3 jam membuat perkerjaan / perniagaan lain yang juga anda bosan. Buat sesuatu pekerjaan dan perniagaan sambilan yang merupakan hobi anda seperti menjual binatang peliharaan secara online. Jika tidak anda akan membuat kerja sambilan secara hangat - hangat tahi ayam.
5. Cari perniagaan atau pendapatan yang anda boleh menambah ejen dibawah anda
Ini macam sesuai bagi MLM nih..bukan itu sahaja perniagaan trading biasa pun boleh. Cikgu pun melakukan begitu..untung sikit tapi berkembang biak. Lebih baik kalau pernigaan yang anda lakukan boleh berterusan dan tidak tepu

Posted by
Cikgu Murni
1 comments:
tqvm for d ilmu....
Post a Comment