My lovely friends



foto : http://inibelogsaya.blogspot.com

Hanis Zalika...
Nama itu tiba - tiba muncul di harian metro..Bukan kes bunuh profile tinggi atau pelakon sinetron yang dicari tapi namanya terletak di 'rank'nya tinggi di mata google, mengalah nama - nama gah seperti Siti Nurhaliza.Boleh saya katakan Ratu Blogger. Dengan jumlah pengujung dalam 16 000 sehari ( menurutnya di metro ) anda bayangkan berlumba - lumbanya orang persendirian/syarikat yang ingin mengiklan di blog beliau..Itu pun satu cara pendapatan sambilan. Tak payah susah kak ooii jual belacan online. Cikgu rasa beliau mungkin ada aura seperti Mawi..

petikan harian metro :

SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.

Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).


Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.
Posted by Cikgu Murni

0 comments: