My lovely friends



Salam sejahtera,

Sekarang sudah menjadi trend yang baik dimana ramai wanita berlumba - lumba berniaga kueh dan makanan. Kalau musim perayaan Nama - nama seperti biskut Almond London, Tart nenas dan sebagainya pasti ada yang menempahnya. Nama - nama kueh seperti cup cake dan cokelat yang begitu asing untuk dijual secara ONLINE sudah menjadi suatu yang biasa di jual. Cumaa Persoalannya...apakah kelebihan dari satu pengusaha kepada satu pengusaha yang lain. Apa bestnya kueh si polan ini dengan si polan itu. Untuk menghadapi persaingan seperti ini, pengusaha kueh perlu sedikit kreativiti serta inovasi..

Contoh yang paling baik adalah pengusaha kueh TART : HZ HOUSE OF UNIQUE COOKIES.
Kueh Tart beliau mempunyai pelbagai bentuk dari sayur - sayuran serta buah - buahan. Meh tengok produk beliau :







kredit kepada : http://hzcookies-products.blogspot.com/
Posted by Cikgu Murni
Thursday, February 24, 2011 at 2:19 AM | 5 comments  



SALAM,

Cikgu terbaca ruangan di Zaharudin.net mengenai keberkatan rezeki. sangat manfaat. Kita ambil iktibar darinya. Cikgu ambil 1 kisah sahaja dari blog tersebut :

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

sumber : zaharuddin.net
Posted by Cikgu Murni
Monday, February 14, 2011 at 1:56 AM | 1 comments  







suatu petikan yg Cikgu ambil :

“Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, "She doesn't have what it takes"; They will say, "Women don't have what it takes";”



Suatu ilmu yang saya terima :

WANITA :
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.


Sayangnya ALLAH pada WANITA :

- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
- Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Posted by Cikgu Murni


salam sejahtera,

Di dalam post Cikgu sebelum ini, cikgu ada menunjukkan bagaimana blog juga boleh menjana pendapatan - ( banyak viewers , % klik tapak iklan dan % klik pada iklan berbayar seperti spt nuffnag )

Kita juga boleh berjaya seperti Nama - nama blogger berjaya seperti : redmummy, eqbalzack..

Cikgu sertakan video yang memang sangat bagus untuk rujukan :

Antara fakta 11 perkara menjadikan anda blogger berjaya adalah :

1. Consistensi dalam meng post – update sekurang - kurang seminggu sekali
2. Original
3. Perkara yang di post - ' out of the box '
3. Great layout - cantik, comel ( cikgu punya hi background macam underground je hitam lah kan.( nak khabor lah ni - tak pandai teman )
4. Humor
5. Diversiti of post – gambar. Video.
6. Sambung dengan Social networking – cth Facebook
7. Kolaborasi dengan blog lain – friendship dengan blog lain, mengadakan suatu projek dengan blog lain
8. Promosi – forum bersesuaian dengan blog, comment
9. Broadcasting - youtubelah
10. gembira berblog - kalau tidak jangan berblog...

Posted by Cikgu Murni
Salam sejahtera,

Hari ini cikgu nak kongsi bagaimana hendak memasukkan meta tag di dalam blogspot sahabat. Apa kebaikannya ? untuk menaikkan rank blog kita di dalam engin carian.


Masukkan Meta Tag :



terima kasih PakLong
Posted by Cikgu Murni