Monday, February 14, 2011
at
1:56 AM
|
suatu petikan yg Cikgu ambil :
“Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, "She doesn't have what it takes"; They will say, "Women don't have what it takes";”
Suatu ilmu yang saya terima :
WANITA :
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Sayangnya ALLAH pada WANITA :
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
- Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Posted by
Cikgu Murni
1 comments:
Most people walk in and out of you life. But only True friends leave footprints in your heart.
Post a Comment