My lovely friends

12 Punca kegagalan peniaga bumiputera - Kajian yang dijalan sekumpulan pensyarah MEDEC Shah Alam ke atas perniagaan bumiputera yang gagal

1. Tahap ketrampilan yang lemah
2. Hutang melebihi harta yang dimiliki.
3. Alat pengurusan seperti carta organisasi,huraian tugas, rancangan
perniagaan jarang digunakan.
4. Usahawan tidak mempunyai latihan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi.
5. Rakan kongsi memberi masalah kepada perniagaan.
6. Usahawan tidak mempunyai rancangan untuk mendorong/memotivasikan pekerja.
7. Peniaga tidak menjalankan penyelidikan pemasaran sebelum memulakan perniagaan.
8. Lokasi perniagaan yang tidak sesuai.
9. Laporan kewangan disediakan tanpa mengikut cara yang betul.
10.Usahawan tidak memahami peraturan undang – undang yang perlu dipatuhi.
11.Masalah kualiti produk dan perkhidmatan.
12.Sebahagian usahawan mempunyai imej diri yang lemah serka kurang kecekalan dan
kemampuan untuk menyakinkan orang lain.


Source – Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed, 2002. Memperkasakan usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Posted by Cikgu Murni

1 comments:

Unknown said...

hm, lagi satu...
selalunya orang melayu ni kurang arif dalam mengurus duit; dah ada dah ni fakta ni dalam 12 sebab di atas, tapi maksud saya macam ni..

kalau nak dibandingkan dengan bangsa cina, amatlah tinggi perbezaan antara kita dengan mereka. contohnya dalam bab2 berniaga ni. ada orang pesan kat saya kalau nak meniaga kena ikut style orang cina, selamat n good for long term.
bagaimana?
bangsa cina akan menggunakan sejumlah wang yang kecil untuk keselesaan hidup diorang(pada awal perniagaan la selalunya), yang lainnya dijadikan pusingan modal dan wang tambahan untuk mengukuhkan perniagaan diorang..

apa yang bagusnya dengan menggunakan teknik ini?
hm, cuba anda semua bayangkan kalau ekonomi meleset, anda hanya mendiami istana pasir di tepi pantai, bayangkan kalau ombak besar datang? apa yang terjadi?
mesti runtuh..

kesimpulannya di sini, jika kita ORANG MELAYU hendak berjaya dalam apa2 bidang perniagaan, kita buang dulu sifat kita yang terlalu inginkan kemewahan dalam masa singkat..

dengan sedikit kesabaran, insyaallah kita akan mampu menikmati kesenangan yang berpanjangan..

March 21, 2009 at 6:59 AM