My lovely friends

Jika anda ingin menjalankan perniagaan sambilan dan menggunakan internet sebagai medium pemasaran yang mana satu yang anda rasa lebih baik untuk dijual samada makanan atau barangan kering ? YANG MANA ANDA PILIH ?




Jika anda mampu menyediakan makanan yang susah disediakan, mahal penyediaannya atau remeh malahan tahan lama jadi produk ini sesuai dibuat sebagai produk perniagaan. Walaubagaimanapun jika anda bekerja, anda juga perlu memikirkan masa penyediaan makanan dan bila anda menyediakannya. Ialah sudahlah kerja 8 hingg 5 petang, balik kena menyediakan makanan untuk dijual. Jangan sampai prestasi kerja anda terganggu. Teringat saya cerita cerekarama ( tak ingat tajuk )bagaimana seorang itu berniaga bahulu sehingga buka puasa pun bahulu disediakan untuk anak dan suami. Kualiti dan rasa makanan yang konsisten perlu juga dijaga untuk memastikan keberterusan jualan produk anda.

Suatu yang amat menarik ( malahan bangga ia dibuat oleh orang kita )yang saya ingin saya bincang bersama adalah perniagaan penyediaan makanan dan menghantar makanan terus pada pelanggan online MANGKUK TINGKAT.com. Mangkuk tingkat.com akan melantik ejen2 di merata tempat untuk menyediakan dan penghantar makanan di tempat – tempat tersebut.






Produk bukan makanan mempunyai banyak potensi untuk di pasarkan menggunakan internet dimerata tempat seluruh dunia. Lihatlah portal perniagaan internet sepert Ebay, lelong.com , tak kiralah samada barang tersebut baru atau telah digunakan. Malahan ada yang menjual kapal terbang menggunakan portal ini. Di Malaysia wanita boleh menjual produk mereka khusus diportal perniagaan wanita iaitu seperti di wanitamelayu.com dan wanita .




Antara lain yang perlu difikirkan oleh mereka yang ingin berniaga adalah kos penghantaran serta bagaimana menghantarnya samada menghantar sendiri atau menggunakan pos. Bagi mereka yang menyasarkan pelanggan berada di lingkungan kawasan anda tinggal atau kerja tidak mengapa. Bayangkan kalau produk anda berharga RM5 tetapi kos pos RM20. Bagi yang menjalankan ia secara ’ side income ’ harus memikirkan siapa yang akan menghantar barangan anda ke pejabat pos atau ketempat pelanggan.


Kualiti barang perlu dijaga untuk menaikkan nama baik perniagaan anda. Ingat ! ia akan diceritakan mulut ke mulut, forum ke forum dan sebagainya. Pembungkusan barangan jangan ambil remeh. Jangan sebab menghantar barangan menggunakan pos, anda hanya membungkus dengan suratkhabar cincai. Pelanggan suka kalau penjual ’ appreciate ’ mereka. Akhir sekali pilihlah yang mana sesuai dengan anda . Apa pendapat anda ?
Posted by Cikgu Murni

0 comments: