My lovely friends

Adakah anda mempunyai suatu kebolehan diperlukan ramai ? Sebagai contoh pada masa ini ramai yang tengah syok ingin belajar membuat manik pada baju, tudung dan sebagainya dan anda merasakan anda memang pandai membuat manik. Apa kata anda tawarkan perkhidmatan mengajar membuat manik pada baju. Ia boleh dijadikan suatu side income bagi mereka yang bekerja.

Anggaran kira - kira

Kursus dijalankan : seminggu sekali ( sabtu sahaja )
Bayaran dikenakan : RM200 seorang ( maksimum 10 orang ) = RM2000
Keuntungan kasar sebulan : RM2000 x 4 = RM8000

Fikirkan suatu kursus yang unik ( yg tidak pernah org buat ) tapi ia dapat menarik minat ramai untuk mengikutinya. Tidak semestinya anda pandai bercakap. Pada kursus2 yang pertama, mungkin anda kekok tetapi lama - kelamaan anda ia menjadi mudah bagi anda. Perlukah anda pakar dibidang tersebut ? Saya rasa tidak, sebagai contoh jahitan manik, jika anda dapat menunjukkan 10 contoh jahitan dan jahitan anda kemas ia sudah memadai. Lagipun kursus sehari, banyak mana yang boleh ditunjukkan. Antara kursus yang pernah orang buat adalah :

1. Kursus jahitan manik
2. Kursus rawatan muka atau kecantikan
3. Kursus membuat coklat
4. Kursus membuat kek lapis
5. Kursus membuat cup cake

Tapi jika anda masih baru, cuba suatu yang lain yang unik seperti:

1. Kursus menghasilkan permainan/kraftangan untuk permainan anak - anak
2. Kursus asas akaun untuk ibu - ibu

Sehingga itu jumpa lagi
Posted by Cikgu Murni

2 comments:

jay said...

cikgu saya minat nak jd agen jual cadar/slimut sbgai side income tp saya di ipoh camna tuh...

November 5, 2009 at 10:55 PM  
consxavier said...

Hi cikgu Lola=),

bagus tulisan cikgu kat sini. Ya, saya akan lakukan sesuatu mengenai cadangan cikgu ni..sya ni niche kraf dawai nama.kalau saya lah..sya akan buat seminar kraf membengkokkan dawai...http://www.wirename-craft.blogspot.com...sya rasa ni idea bagus utk sya cari income tambahan=)

November 9, 2009 at 7:40 AM